.

Cara Membuat Situs Iklan Baris

Wednesday, 5 July 2017

SELAMAT HARI RAYA 2017!!

Assalamualaikum and hi guyss!
May Allah blessed all of you.

First of all, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin humanoids!!
Aku rasa tak terlambat lagi kot kalau aku nak ucap selamat hari raya sebab raya kan sebulan. So, kita raya!!! haha. ok dah stop stop. merepek.

Tak ada apa point penting pun dalam post kali ni. Kalau nak baca, just baca. Tak nak baca, ya udah lo, minggir sana sih.

Nak tahu jugak tema korang tahun ni. Ya. aku tahu ada keluarga yang suka pakai baju raya guna satu tema. Ada family yang lagi suka baju warna ikut taste sendiri sendiri. Alah it is actually doesn't matter and not a big deals right? Janji kita semua raya!! Yeay..

Bagi korang raya tu sebenarnya apa? Kalau nak kongsi, bagitau kat komen. Swear to God, aku baca semua yang korang komen tau. Just kekadang ada yang tak masuk notification dan aku terbaca lambat dan terlupa nak balas.



Yasss! How can I believes this that I'm wearing blue royals for my first day of raya. Actually aku tak berapa gemor pun warna blue royals tapi dah disebabkan tahun ni ikut pilihan warna adik aku yang lelaki tu nak kan sangatt warna ni, so nak tak nak, ikutkan je la ya. Kita orang satu family first time pakai warna ni masa raya. First raya pulak tu. So, I was like "Seriously?!"

Sepanjang hidup aku dari kecik sampai la ni, tak pernah pakai warna ni, so reaction dia masa first try out this thing, macam terkejut sikit. Apahal menyerlah sangat!! Aiyoo. haha. Tapi lama lama rasa, eh eh cantik jugak. Ntah pape kan. kahkah. I think that is all for today. Malas nak membebel banyak sangat. Annyeonggg yorobun.

Good night earthlings!! Thank you for reading my post:)

Friday, 16 June 2017

TIPS: Cara mencairkan coklat ( kaedah double boiled yg efektif !! )

Assalamualaikum and hi guyss!
May Allah blessed all of you.

First of all, maafkan atas kata ganti nama untuk penggunaan AKU pada post kali ni. *sbb tetiba rasa nak casual je dengan korang. Bagi kakak2, abang2 yang mana lebih tua dari diri ni, mohon maafkan dan amik yang baik baik je dalam blog ni.ok?hee.

Ok. Straight to the point. lagi seminggu nak raya kan? Mulai esok, mesti semua orang nak pulun buat kuih raya habis-habisan. Tapi.. Ada yang mengadu, susah nak cairkan coklat untuk buat kuih raya. Macam almond london tu. mesti korang ingat cairkan coklat senang je kan? Nope. Kalau tak kena dengan teknik dan langgar pantang larang, boleh jadi coklat korang akan jadi berketul ketul dan ada pulak lembik yang macam dah pecah minyak.

Post kali ni, aku nak bagi cara macam mana nak cairkan coklat guna kaedah double boiled untuk yang amatur. Yang dah pro tu, aku rasa aku tak layak dah nak bagi dia orang tips ni. kihkih. Btw, aku pun amatur jugak dalam benda benda ni semua. Pengalaman still tak lebih 10 tahun lagi dalam dunia membaking ni. Cuma ada lah terniat nak bukak bakery sendiri. Doakan la ya:)

Before that, aku nak tanya. Korang buat kuih raya selalu guna coklat bar/compound atau yang coin? Jangan confused ok. Selalunya kalau aku buat kuih raya akan guna beryls choc compound. Sebab lepas dah cairkan then letak kat room temperature pun dia akan keras sendiri. Berbeza dengan yang coin. Kalau choc coin, after dah cairkan korang kena masukkan dalam peti sejuk untuk bagi dia keras. Bila korang keluarkan lama sikit kat room temperature, coklat yang dari coin tu akan cair. Jadinya, sebelum nak beli coklat or nak baked apa apa, korang kena tahu coklat mana yang sesuai dengan apa yang korang nak baked tu. ok?

Kenapa aku tetiba nak share kaedah double boiled yang efektif ni? yela sebab nak korang. Supaya semua orang boleh realisasikan impian nak buat kuih raya. aicecece. Macam motto la pulak.haha. Nope. Sebab aku buat kuih raya setiap tahun memang akan guna kaedah ni, sebab kaedah ni sangat la senang. Kuih raya yang simple tapi sedap yang aku buat dengan coklat bar beryls ni adalah INI. Memang kegemaran family aku dan sanak saudara aku kalau dia orang datang rumah.

Now, aku nak tunjuk kaedah double boiled untuk cairkan coklat. Baca dan hadam helok-helok ok. Kaedah ni memerlukan korang ada periuk nasi. Yang tak ada periuk nasi tu, korang improvised la sendiri macam mana pun bagi ada fungsi macam periuk nasi.Haha.

Gambar di bawah ni menunjukkan situasi di mana coklat sedang dicairkan. Ha lagi satu,jangan kelirukan diri dengan perkara double boiler dan water bath ye. Double boiled korang menggunakan wap air yang dipanaskan untuk cairkan coklat. Sebab kalau coklat direct kena kat periuk, hangus cepat ler. Water bath pulak, korang letak periuk tu betul betul kena air panas(atas air yang panas tu). Ni yang aku faham dan aku apply la selama aku mem"baking". Kalau salah mohon tunjuk ajar ya.heee




 Haaaa. nampak cantik berkilat kan coklat tu? maknanya teknik ni berjaya. Kalau coklat korang tu bertukar jadi pekat dan berketul ketul, ada la tu yang salah. But no worries, still boleh buat macam macam dengan coklat yang dah berketul ketul tu. Hurrmm sebagai contoh, korang boleh letakkan dalam cookies untuk jadi pengganti coklat chip atau koko.

Ok. Ni steps dia.
1) Isikan setengah periuk nasi dengan air. (Setengah je, jangan penuh)
2) Korang tekan periuk nasi korang macam nak masak nasi tu. (Kalau periuk aku, aku tekan rice cooking tu)



Lepas dah tekan rice cooking tu, terserah la sama ada kau orang nak tunggu air sampai menggelegak ke atau terus letak bekas lain kat atas dia. Aku terus letak je bekas lain atas dia.

3) So step aku seterusnya letak bekas lain atas dia. (Bekas macam kat bawah ni)




Bekas ni pastikan tak ada sikit pun air dalam dia atau sekeliling dia. Mana la tahu kalau korang baru basuh bekas masa tu. Dan air dalam periuk nasi tu pun aku pastikan tak akan menyentuh bekas ni.

4) Lepas dah confirm tak ada air kat bekas ni, masukkan coklat bar/compound korang.

5) Agak-agak coklat dah mencair sepenuhnya, korang tekan pulak "KEEP WARM" kat periuk nasi korang tu. 

Itu je step nya. Mudah kan? Aku figure out benda ni sebab aku malas nak ulang alik dapur untuk panaskan coklat. Sebab dulu aku guna dapur gas, then bila coklat dah cair aku bawak pergi ruang tamu sebab aku suka buat kerja kat sana. Tapi cepat pulak dia mengeras. So dengan adanya cara ni, coklat sentiasa cair. Dan bila dah letak kat kuih, dia mengeras sendiri. Ada jugak yang guna cara ni ke? Kalau ada, yeayy. Kita geng. Sep sikit.

Dah lepas ni tak payah nak pening pening kepala cakap coklat tak jadi la, apa la k. Harap post ni sedikit banyak dapat bantu korang nak buat persiapan kuih raya minggu terakhir sebelum raya. :)


Tq baca post ni. :p

Oh ya. Masa korang nampak post ni, mungkin aku dah terbang ke Penang untuk menghadapi Paper Final aku untuk last sem di USM. Doakan semuanya dipermudahkan ye. Aamiin. Lots of love, AR.

Sunday, 4 June 2017

Be Grateful

Assalamualaikum and hi guyss!
May Allah blessed all of you.

credit:google

Alhamdulillah. pejam celik pejam celik, dah seminggu kita berpuasa.

Dah ada yang buat persiapan raya ke? :p

Sis in shaa Allah sikit sikit nak mula buat kuih minggu depan. Tapi sis still tak akan lupa yang sis pun ada dua paper lagi untuk final ni. Lepas tu #roadtograduation la kita. Semoga semuanya dipermudahkan buat nuradiba syahira bt rusli. Aamiin.

Jadinya, ada apa dengan tajuk kali ni?
Bersyukur. 
Memang lumrah dunia kita akan suka lihat orang yang berjaya dan atas dari kita. Mereka ada tu, kita pun nak ada tu. Mereka ada ni, kita pun nak ada ni. Tak salah kalau nak kita lihat mereka untuk rasa termovasi dan buat lebih baik. Tapi yang salah adalah bila kita salahkan takdir.

Apa yang sis maksudkan dengan salahkan takdir adalah, kita tengok orang tu kaya dan nak lebih spesifik, lahir dari keluarga yang senang atau sekarang ni dia senang, Kita pun mula mempersoalkan takdir, "KENAPA AKU NI TAK DILAHIRKAN SENANG MACAM MEREKA". Semua orang ada jalan masing masing. Kita tak tahu apa yang mereka rasa dengan dilahirkan begitu dan kita hanya nampak kesenangan mereka sahaja. Kita tak tahu hardship mereka untuk sampai ke tahap yang macam sekarang ni. Allah tu Maha Adil. Relaks. Take a deep breath and cool down.

Kalau korang rasa macam tu, jangan lupa pandang orang yang bawah dari kita. Mungkin mereka nak ada di tempat kita sekarang ni yang, tak kaya tak apa asalkan sederhana. Jangan pernah salahkan sesiapa. Tak salah kalau dilahirkan dengan suasana macam mana pun, yang salah adalah bila kau sendiri yang tak nak ubah nasib kau SAMPAI KE TUA.

Musuh kita adalah diri kita. Jadi kalau nak bersaing, harus bersaing dengan diri kita sendiri. Bukan dengan orang lain. Jadi bersyukur lah. Bila kau bersyukur, kau akan rasa lebih tenang dengan keadaan sekarang dan appreciates apa yang kau ada sekarang ni. Just buat yang lebih baik pada hari ni berbanding semalam:)

salam ramadhan semua..
doakan yang baik baik untuk kita semua:)

Wednesday, 31 May 2017

KUIH KOCI KUIH TRADISIONAL

Assalamualaikum and hi guyss!
May Allah blessed all of you.

Tak terlambat rasanya nak ucap, SALAM RAMADHAN kat korang semua :)

Lagi beberapa jam nak masuk hari baru, 1 JUNE 2017. Dan kita pun dah 5 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. Alhamdulillah ya Rabbi, masih dipanjangkan umur untuk berpuasa tahun ni.

Jadinya, sis masuk WEEK ONE CONTEST oleh LAZADA yang bertemakan  DELICIOUS RAMADHAN.Contest Period untuk tema minggu pertama yang diberikan adalah 19 May 2017- 1 June 2017. So kiranya sis ada masa lagi beberapa jam untuk publish article ni sebelum contest minggu pertama ni habis. haha. Suka naw dapat tahu something tu last minute.

Sis akan jawab semua soalan yang Lazada bagi dalam minggu pertama contest ni. which are:

a) What is your favourite Iftar dishes.

My fav iftar dishes totally KUIH KOCI. haha. Seriously sedappp gilaaaa. Dah lama tak dapat makan koci, then hari pertama berbuka tu dapat makan koci rasa macam dunia itu aku yang punyaaaa. haha. Astaghfirullahalazim. istighfar sis istighfar. heee. Korang punya apa? Sis nak tahu jugak. Kongsi kat ruangan komen hokeyh. hee. Mana la tahu ada makanan sis tak tahu kewujudannya kan. :p

Ha ni kuih koci yang dah selamat masuk dalam perut sis masa berbuka tadi. Burrppp. Alhamdulillah. heee:)







b) Share the recipes of the dishes

Resepi ni sis tak pernah cuba buat sebab selalunya sis beli je. haha. Yela, kalau nak buat kuih koci ni of course kena keluarkan pengukus sebab ni bukan macam badak berendam nak kena rebus je. Nak keluarkan pengukus tu satu hal. Yela pengukus mak sis tu jenis yang macam orang lama punya. Saiz dia besar dan tak selalu guna. Jadi memang simpan je la kat dalam almari. Tu salah satu sebab malas nak buat. kihkih.

Jadi, sis nak share resepi yang sis dapat dari group masakan facebook yang sis actively join. group MAHN ( Masak Apa Hari Ni). terima kasih pada yang empunya resepi. In shaa Allah, sampai mood rajin sis nanti, sis akan buat jugak. yela, kuih fav kot.

RESEPI KUIH KOCI

Bahan untuk doh
250g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1-1/2 cawan air

Bahan untuk Inti
1 biji kelapa berkulit basah (tidak terlalu tua)
1 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

Bahan lain
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5inch x 5inch.
Minyak kelapa secukupnya (Minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam.
*Masak sampai pekat

Cara-cara

1) Untuk Inti - Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur.  Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

2) Untuk Doh - Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

3) Untuk membuat kuih koci - Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.

4) Tutup inti dengan doh dan letak satu sudu teh santan yang kita dah masak pekat tadi. Kemudian lipat seperti biasa.

5) Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus selama 15 minit atas air menggelegak. banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kuih koci yang korang buat.

Mudah kan resepi dia. Credit to the owner. Semoga selamat mencuba korang semua :)

c) What kind of products can you find on Lazada's platform to help you prepare the dishes? 

Disebabkan pengukus kat rumah ni jenis yang lama lama, makanya sis cuba cari pengukus dekat Lazada. And yess! I found it. Cantik pun cantik. hee :)






Sempena Bulan Ramadhan ni, Lazada mengadakan Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/that will take place from May 19 to 30 June (dimana korang semua boleh mendapat diskaun up to 90%) Seriously murah dan banyak sangatt diskaun yang Lazada bagi. Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ni tau. Cepat cepat klik Link yang sis bagi tu. 

p/s: Sis tengok steamer kat atas ni pun dah tergugat iman k. heee haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Labels

2016 (2) 2017 (9) affiliate (2) agent (2) agro (1) alhamdulillah (1) aurat wanita (2) bar (1) batu 10 (1) berasap (1) Berita (1) bersederhana (1) beryls (1) biarkan cita tersenyum lagi (1) birthday (1) biskut (1) blogger (36) bloglist (1) blue royals (1) brownies (1) cairkan (1) campak (1) cari makan (1) choc (1) coin (1) coklat (2) contest (8) cornflakes (1) crunchy (1) dapur (1) double boiled (1) double-boiled (1) duit (1) elise (1) environmental (1) erti (1) family (5) farm (1) festival (1) final year (3) food (1) foodporn (3) games (1) giveaway (11) gold (1) graduate (1) graduation (1) grateful (1) hadis (1) hantaran (1) hantu (1) happily (3) hati (4) heat (1) hectic sem (1) hitam (1) holiday (1) homemade (1) homesick (1) hunting (1) income (1) insidious 3 (1) issues (1) jalan-jalan (1) jana (1) jejari (1) karya (1) koci (1) kuih (3) kuih raya (2) kuih tradisional (1) laboo (1) labu (1) lazada (1) life (1) maal hijrah (1) madu (1) makan (1) Malaysia (6) MATHAF (1) melancong (1) memori (1) mengumpat (1) moral values (5) motivation (1) movie (1) mudah (4) murah (1) negeri (1) nestum (1) newspirit (1) nikah (2) nutella (1) ogos (1) pantai (1) pelajar (1) pencarian (1) perihal (2) periuk nasi (1) pinterest (1) pizza (2) port dickson (2) pray (1) produk kecantikan (1) PTPTN (1) puasa (1) puisi (2) ramadhan (3) rangup (1) raya (4) recipes (1) resepi (3) review (3) rezeki (3) rindu (1) roti (1) salam-bersalaman (1) sambutan (4) SEA (1) segment (14) sekepala (1) semasa (5) sembilan (1) SHARES (8) shout out (1) simplehijab (2) skincare (1) spend (1) sports (1) stroke (1) student (1) SUKAN (1) tabarruj (1) tag (2) telemovie (1) tema (1) tempat (1) terkini (1) thailand (1) time (1) TIPS (3) top-up (1) Tuhan (8) usm (1) vacay (1) wanita (5)