.

Cara Membuat Situs Iklan Baris

Thursday, 30 July 2015

"Topup Mini Giveaway By Cik Mimie"

Assalamualaikum and good evenin' my fellow readers....

How are you feelin' today? is it good or bad? May God bless all of you. Aamiin.

sumber: cik mimie

So, as you can see the picture above, it is a GIVEAWAY(GA) contest by Cik Mimie yang cute as always.  So lets join this giveaway to support her. 

And syarat-syarat dia memang senang yang teramat dan amatlah rugi kalau tak join. please join dear bloggers.

If you guys wanna join this contest, click this link


p/s: dah lama tak join giveaway actually. so lets try it again.

Wednesday, 29 July 2015

INSIDIOUS CHAPTER 3



sumber: google

Assalamualaikum and every good evening eblibadi...


So how, so far? everythin' good? Based on the tittle that I just posted above, for sure today I will talk about this movie. yeah I really meant it. INSIDIOUS CHAPTER 3.

Ye saya tahu cerita ni dah lama ditayangkan *nak cakap aku season sangatlah tu. Just wanna a throwback. Actually its more about to commenting this movie *kalau criticize nanti orang cakap bajet pula. Kiranya macam throwback this movie , when the first time I watched it.

Takut? Naa, its just a movie. Tak payah la sampai terbawa-bawa masa tidur. Yang bawa sampai mimpi tu mesti tak basuh kaki and ambil wudhuk sebelum tidur *pang kang.hee.kiddingmaybe sebab family genetik bila nak beli cd, beli yang horror. bila tengok wayang pun,tengok yang horror. 

kalau daripada kecik dah tradisi tu, so sampai ke besar la suka movie yang genre horror ni. But I really hate kind of genre, yang kelar kelar seluruh badan tu macam SAW. memang la takkan tengok. Never ok !  *But I have an intentions to be a doctor when I was kid. tapi takutt darahh.


So, we start from what I likes about this movie.

sumber: google

This actress such a good and awesome actor. But yang paling penting, when she pop-up on the screen and continues acting, my first question is " how she could manage her diet and get that super slim body at that age? haha. lari tajuk kan? the reason is, me so jealous. Nampak fit je. mohon share sikit boleh? heeeee.

For this movie, Elise(Lin Shaye) kena selamatkan satu gadis. The moral values from Elise characters is eventhough at the beginning of the slots, this elise wanna give up to saving the poor girl from the demon because it will affect her life. But after that, she get a new spirit when she had met her old friend. 

So, eventhough umur kita dah nak sampai ke penghujung, janganlah berat hati nak tolong sesiapa dalam kesusahan. kita tolong orang bukan sebab kita senang. Tapi kita tolong orang sebab kita pernah lalui kesusahan tu. *lari tajuk lagi


sumber: google


And this character, really make me mad. Tiba tiba muncul nak bunuh orang sesuka hati padahal scene dia insidious chapter 1 and 2 je. seriously? u kid me? maaf emosi tiba-tiba *memang adibarusli pengarah movie ni?. bila emosi, dengan jawatan pengarah saya sebat. heee.

Actually I just hope there's INSIDIOUS 4 (THE SKIZO GHOST). suka hati je bagi tajuk. haha. sebab nak sangat tengok at last apa yang jadi kat hantu ni. kerja asyik ganggu elise je dari chapter 1.

So, what I like about this movie is so many moral values u can get when u watched it. Kalau nak cerita kat sini pasal moral values, sampai raya tahun depan pun it will never be end. Btw, kalau tengok movie, jangan tengok jalan cerita je, tapi tengok la nilai yang diterapkan. macam tu jugak dengan movie movie lain. Hokeyh? 

So, for this movie, Nora bagi 4 bintang *out of 5 ...... heee..


Last but not least, apa yang lebih MENAKUTKAN dari hantu ialah pembubaran and create a new Malaysia Cabinet.


p/s : nak tengok ju-on 4 but theres some people yg cakap tak best. so malas nak tengok pula. any opinion n comment about ju-on 4?  shares your comment below ok?





Wednesday, 22 July 2015

PIZZA Homemade MUDAH !

Assalamualaikum semuaaaa.

nampak tak cheese melimpah dalam oven tu. haaa tu campak campak la tu.


Hokeyyh, seperti yang "hakak" janjikan *mata keatas & tangan kat bahu, nak share resepi yang mudah kan?  Jadi hari ni hakak yang baik lagi gorgeous ni *perasan tak habis, nak bagi resepi Pizza homemade yang mudah.  apa yang penting dalam resepi ni ialah MUDAH. mudah hokeyhh. lelaki perempuan pakcik mokcik tokwan tok pun boleh cuba. Hah hamik kau. heeee. okeyh gurau gurau.Tapiiii....

Tapi yang part resepi Pizza Homemade MUDAH tu serius la. aiyooo. Pizza ni memang pizza yang topping dia pun main campak campak je tapi result dia sodap kau. tak percaya? adik hakak pun main campak campak je topping dia kat doh tu.

Actually first time buat masa puasa hari tu. Takda idea nak buka apa, sebab malas dan tak suka pergi bazaar Ramadhan. So teringat  ada bahan nak buat doh. Tu yang ibu minta buat pizza. Try spontaneous je la. Alhamdulillah jadi percubaan pertama. Then percubaan kedua tu, upgrade sikit pakai sos spaggetti dan marjerin, lagi sodap kau.

Sebab ada yang mintak resepi ni sebenarnya. Tu yang hakak dengan baik hatinya nak kongsi ni. Actually saya akan buat resepi yang mudah je. Kalau resepi tu banyak bahan, saya akan cuba kurangkan bahan dia TAPI  harus pastikan rasa dia mesti sama. tanpa kurang sikit pun. Resepi kat bawah ni boleh buat 4 keping pizza kecik macam kat pizza hut tu. Dan 2 keping pizza bersaiz besar. 

Ayuh la kita.


Bahan A ( bahan kering )

Tepung 500g   (saya biasa guna tepung High Protein)
Garam  1 teaspoon

Bahan B ( bahan basah )

Yis mauripan - 1paket
Gula               - 1 teaspoon
Air Suam        - 325 ml

Topping (ikut suka)

Sos Tomato
Sos spaggetti with ayam cincang *kalau nak rasa kepizza-an dia. kalau tak pakai pun ok. sedap je.
Sosej potong serong
Isi ketam beli segera
Cheese Cheddar jenama chesdale (carik kecik kecik) *jenama chesdale kurang karbohidrat


Procedure

1) Campur kedua-dua bahan A, dan gaulkan sampai  garam sebati dengan tepung high protein.

2) Perlu diingatkan untuk bahan B, gula perlu dimasukkan terlebih dahulu ke dalam cawan yang berisi air suam. Stir until the sugar dissolve then baru masukkan yis. *if any of you yg nak prove kan yis tu, tunggulah dalam 5 minit . if tak nak pun boleh, lepas dah masukkan yis, gaul solution gula air suam dan yis tu then terus masukkan ke bahan A.

3) Masukkan solution bahan B tu secara sikit sikit dalam bahan A. masuk sikit then uli. ulang lagi.

4) Lepas rasa puas hati menguli dan sebati, letak doh dalam bekas yang tertutup dengan wrapping or tuala. pastikan betul betul kedap untuk yis tu mengembang.
Tunggu doh mengembang dalam 30 minit. Kalau nak lagi kembang, tunggu lah lama sikit. apa ada hal.

5) Then after 30 minutes, tekstur doh dah jadi makin lembut. buka wrapping then uli balik doh untuk bagi udara keluar. 

6) Ambil loyang, sapu marjerin then letak doh dan spread the dough macam pizza. terpulang lah.kalau loyang tu empat segi, pizza korang pun empat segi lah. kita yang buat dia bukan dia buat kita.

7) Lepas dah sudah spread the dough inside the loyang, letak sos tomato or sos spaggetti atau kedua-duanya sekali. Then campak campak topping. Last sekali campak campak cheese.

8) Bakar pada 170 degree celcius selama 20 minit. ( ikut kemampuan oven masing masing juga. ada yang baru ada yang lama. pandai pandai ejas. oven korang takkan tak tahu.

9) Bon Appetite !

Ni hasil percubaan pertama. Tadaaaaa






Selamat mencuba semua! Kalau jadi, feedback balik okeyhh.
Enjoyyy. Adios amigos.




Saturday, 18 July 2015

perihal RAYA

Assalamualaikum.

Hai semua. Memandangkan blog ni  blog baru selepas sekian lama menyepikan diri dari dunia penulisan "diva sangat" , jadi saya mengambil peluang sempena Hari Raya ini untuk aktif balik dunia berblogging dan dunia penulisan. Jadi sempena hari ni hari kedua kita beraya, rasanya tak terlambat lagi untuk saya, adiba rusli dan keluarga, untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua orang yang mengenali diri saya dan keluarga.

Bila kita berkata mengenai "RAYA", perkara paling evergreen atau common dalam kalangan kita semua wahai manusia sekalian ialah ziarah menziarahi, maaf-bermaafan dan salam bersalaman.


PERKARA-PERKARA YANG BERLAKU DI HARI RAYA

1) salam -bersalaman. 




Salam bersalaman dengan yang mahram la,kalau yang bukan mahram tu jangan la pulak engkorang salam. kalau tak nanti, free free kena azan kat telinga karang.
As we all know adat salam bersalaman sesama saudara memang bagus dan boleh dikatakan baik supaya orang muda lebih menghormati orang yang lebih tua.
Kalau masih ingat, masa kita semua kecik dulu, bila beraya mesti dan jadi kewajipan our parents will asked us salam semua orang dalam rumah tu. penat jugaklah nak keliling satu ruang tamu rumah tu then tunduk tunduk salam semua orang. haha. tapi apa boleh buat. untuk jadikan kita manusia berguna macam sekarang ni la dan hormat orang tua. tapiiii....

Tapi bila dah besar dan ada la sikit ilmu tu, we realized apa yang kita buat salah. we know sapa mahram kita dan sapa yang bukan mahram kita. Jadi kita seboleh boleh akan elak yang bukan mahram kita right? then selalunya there will be some people yang akan cakap "alah aku dah anggap dia macam bapak aku,alah aku dah anggap dia macam atuk aku,alah alah dan alahhh" . yeah i know some people have good intentions. But niat tak menghalalkan cara..

So, kat sini saya ada sertakan cara cara untuk mengelak dari salam yang bukan mahram yang saya dah praktikkan sekian lama (alhamdulillah dapat elak) :

  • PAKAI TUDUNG LABUH ( bila kita pakai tudung labuh, orang akan automatik faham dan kita pun dapat lah jaga diri kita. tapi ada certain orang yang tak faham sebab lebihkan adat, jadi orang macam ni kita tangani dengan cara yang kedua kat bawah ni)
  • DUDUK SEBELAH MAHRAM LELAKI (antara adik lelaki,abang atau ayah pun boleh. sebab kalau orang yang tak faham tu hulur jugak tangan kali kedua, awak semua boleh tunjuk dekat mahram lelaki supaya mereka salam dengan mahram lelaki tu dan tak salam dengan awak. atau pun masa dia salam dengan mahram lelaki tu awak pergi la bangun then duduk tempat lain (saya pernah buat dengan orang yang tak faham faham even kita dah pakai tudung labuh.sedih.))
  • WUDHUK ( yela,ada antara kita yang rapat dengan pak cik pak cik kawan ayah kita ke masa kecik.dah biasa huhahuha.sekali dah besar bila jumpa, mestilah akward dan kita pun dah jaga diri dan dah besar, so masa dia hulur tangan nak salam tu cakaplah "maaf pak cik, saya ada wudhuk" kalau tak jalan jugak cara ni jom tengok cara kat bawah)
  • EMERGENCY ( actually cara ni tak baik sangat, tapi kita kenalah tegakkan yang kita tak boleh salam dengan bukan mahram, kalau dia hulur jugak, "maaf pak cik saya kena ke tandas ni,emergency" cara ni saya tak pernah buat lah, tapi perkongsian dari sahabat)
  • DADA KIRI ( cara ni paling common sekali dan selalu saya buat bila orang hulur tangan. letak tangan kat dada kiri masa kita nak tunduk hormat tu. alah tunduk sikit je tak perlu ber "hait hait" macam orang jepun selalu buat.)
dan kalau boleh cakaplah baik baik ye semua dan senyum..... in shaa Allah raya depan depan nanti mereka faham.



2) bila nak kahwin?

Hah. soalan ni memang kena elak lagi lagi anak teruna apatah lagi anak dara. seriusly memang kena elak. kalau tak, boleh berdesing telinga ni bak hang. I dont know why soalan ni memang dah macam kewajipan gaknya mok cik pokcik tanyo. and raya tahun ni  ada yang kata saya ni isteri ayah . hallooo. tuo sangat ko den ni ha?

Bukan tua, tapi matang. kot?


3) mengumpat balik

Bila dah jumpa sepupu sepapat apa lagi. pok pek pok pek lerr jawabnya. almaklumlah lama  tak jumpa. so masa ni memang banyak cerita. rasanya satu rumah boleh capai 3 jam rayanya. 3 jam tu pun rasa macam 10 minit. yela, bercerita tak henti, mano nak sodar ye tak?

Masa ramadhan kita puasa mengumpat . So, there is some people yang akan rasa "eh,dah raya boleh ngumpat balik" . No. actually, raya ni kita sepatutnya makin improve amalan kita, start dari ramadhan yang kita dah lalui. Yela, pagi raya dah bermaaf-maafan, after that kita mgumpat balik . so what for kita minta maaf then we do it again and again. or rasa  nikmat kesedapan daging manusia yang kita ngumpat tu?
dan perlu ingat, orang yang dengar  sebelah kita even dia tak masuk ngumpat sekali pun ada saham ngumpatnya.


sumber : google



4) berpakaian berlebih-lebihan

Janganlah semata mata nak pujian orang, kita sanggup pakai berlebih-lebihan till out of  our budget. cukuplah sekadar tutup aurat dengan sempurna. 
dan janganlah lah kerana nak pujian orang jugak, kita sanggup nak ketepikan syariat Allah. bersederhanalah dan pakai pakaian yang elok serta tertutup kerana yang tertutup itu kan cantik dan indah. sedangkan phone kita yang mahal mahal tu pun kita perlukan cover jangan bercalar (sanggup habis puluh ringgit pulak beli cover), takkanlah diri kita yang tak ternilai ni kita tak nak cover langsung? tak takut tercalar ke? ada hati rasa,ada akal fikir sendiri. masing masing dah besar dah cukup akal untuk fikir.

Dan pada wanita wanita, kalau boleh tak perlu make up lebih lebih sebab anda memang dah ada kecantikkan yang semulajadi dan daya tarikan sendiri yang Allah dah ciptakan. oles sikit sikit dengan bedak sudahlah. cantik dah tu.heeee.


sumber: google
About this tabarruj actually from what I know ada percanggahan fahaman antara apa yang para ilmuan faham dengan apa yang orang kita faham. apa yang orang perempuan dalam masyarakat faham, tabarruj means berlebih lebihan. make up yang berlebih-lebihan . But actually this tabarruj means is berhias berlebih lebihan sehingga menampakkan SUSUK TUBUH apabila keluar dari rumah. Jadi, yang baik sebenarnya ialah menutup aurat dengan sempurna. baru cantikk.. nak tahu lebih jelas tentang tabarruj jom sekejap je penjelasan ustazah fatimah syarha ni SINI 


5) Keperluan bukan kemahuan

This is totally like you wanna play trick or treat. selalunya bila hari perayaan orang ramai kebanyakannya akan berbelanja melebihi kemampuan. its ok if you can handle it wisely after that. tapi yang tak boleh tu, bersederhanalah. Ramai lagi yang kurang bernasib baik dari kita. Dan bagi yang ada rezeki lebih, maybe can give some charities pada anak anak yatim atau golongan yang lebih memerlukan.

Dan bila kita cakap mengenai kemahuan. seriously , so many people yang memang suka up to date or we can call them as fashionista. not only girls, but at this era, boys will be like more fashionable than girls hokeyyhhh. kau jangan main main. diaorang lagi  advance kau. kau rasa?heee. But kita kena la berpada pada dalam berbelanja dan bersederhanalah wahai rakyat jelata yang patik sayangi sekalian.



sumber:google



So, that's all yang saya boleh kongsi sebab masa singkat (ada orang nak datang umah actually, tak boleh shares banyak banyak). Next post in shaa Allah saya akan kongsi resepi kuih raya yang jarang orang buat tapi sangat simple dan senang. Saya dah buat hokeyh hasilnya memang ummphh. 
Kalau ada yang nak kongsi apa yang selalu jadi time raya, boleh kongsi kat komen, nak tahu jugak apa yang jadi kat korang time raya.
Semoga apa yang saya kongsi bermanfaat untuk korang semua.

yang buruk datang dari adiba rusli,
yang baik semua dari Pencipta yang Abadi,

So,see you next time guys,
assalamualaikum, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!!!!!

mumbles: adiba rusli




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Labels

2016 (2) 2017 (9) affiliate (2) agent (2) agro (1) alhamdulillah (1) aurat wanita (2) bar (1) batu 10 (1) berasap (1) Berita (1) bersederhana (1) beryls (1) biarkan cita tersenyum lagi (1) birthday (1) biskut (1) blogger (36) bloglist (1) blue royals (1) brownies (1) cairkan (1) campak (1) cari makan (1) choc (1) coin (1) coklat (2) contest (8) cornflakes (1) crunchy (1) dapur (1) double boiled (1) double-boiled (1) duit (1) elise (1) environmental (1) erti (1) family (5) farm (1) festival (1) final year (3) food (1) foodporn (3) games (1) giveaway (11) gold (1) graduate (1) graduation (1) grateful (1) hadis (1) hantaran (1) hantu (1) happily (3) hati (4) heat (1) hectic sem (1) hitam (1) holiday (1) homemade (1) homesick (1) hunting (1) income (1) insidious 3 (1) issues (1) jalan-jalan (1) jana (1) jejari (1) karya (1) koci (1) kuih (3) kuih raya (2) kuih tradisional (1) laboo (1) labu (1) lazada (1) life (1) maal hijrah (1) madu (1) makan (1) Malaysia (6) MATHAF (1) melancong (1) memori (1) mengumpat (1) moral values (5) motivation (1) movie (1) mudah (4) murah (1) negeri (1) nestum (1) newspirit (1) nikah (2) nutella (1) ogos (1) pantai (1) pelajar (1) pencarian (1) perihal (2) periuk nasi (1) pinterest (1) pizza (2) port dickson (2) pray (1) produk kecantikan (1) PTPTN (1) puasa (1) puisi (2) ramadhan (3) rangup (1) raya (4) recipes (1) resepi (3) review (3) rezeki (3) rindu (1) roti (1) salam-bersalaman (1) sambutan (4) SEA (1) segment (14) sekepala (1) semasa (5) sembilan (1) SHARES (8) shout out (1) simplehijab (2) skincare (1) spend (1) sports (1) stroke (1) student (1) SUKAN (1) tabarruj (1) tag (2) telemovie (1) tema (1) tempat (1) terkini (1) thailand (1) time (1) TIPS (3) top-up (1) Tuhan (8) usm (1) vacay (1) wanita (5)