.

Cara Membuat Situs Iklan Baris

Monday, 3 August 2015

Tuhan Maha Memaksa ?

bila berkata tentang Tuhan,
jangan sesekali kau ambil endah.

bila berkata tentang Tuhan,
kau rasa Tuhan tu memaksa.

bila berkata tentang Tuhan,
kau rasa diri kau sudah buat yang terbaik di dunia yang rakus.


Tapi...

Kau akan tetap ambil endah.
dengan meminggirkan solatmu.
dengan buat apa yang membawa pada amarahNYA.
dalam satu hari kau rasa, tidak mengapa hari ni aku sudah sekali menyebut nama Tuhan.
pasti aku masuk syurga.

Kau yakin?

sedangkan yang solat itu juga akan ke neraka jika lalai solatnya.

dan...

Kau rasa Tuhan tu memaksa?
Memang. Memang Tuhan tu Maha memaksa.
bahkan Dia memaksa kau keluar dari Rahim ibumu untuk memberi engkau mengenal dunia.
Dia juga memaksa sperma sperma dari air mani  ayahmu untuk berenang ke telur ibumu.
Dia juga yang memilih engkau.
Masakan sekarang kau akan mengenal dunia yang inti tonggaknya hanya sementara ini?
Bila engkau diberi rezeki, ada kau kata Tuhan itu Maha Memaksa memberi engkau rezeki?
Tidak bukan? kerana apa? kerana dengan rezeki itu kau rasa kau senang. kau rasa seperti empunya dunia.
Bila susah baru kau rasa Dia memaksa. 
Manusia. Tak pernah lekang dari alpa.


Kau rasa diri kau dah buat yang terbaik di dunia yang fana?
Kau pasti?
Aku rasa kau lupa perihal ayat 103-104 surah Al-Kahfi.

Ayat 103 - Katakanlah (Muhammad): "Apakah akan Kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?"

Ayat 104 - Iaitu orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baiknya" 

Karya Asal,
Adiba Rusli  


source: by OTB

4 comments:

  1. ..iaitu orang2 yg mesiakan perbuatan dlm kehiduoan dunia...

    *deep*

    ReplyDelete
  2. Tuhan punya hak memaksa. kan dia bisa melakukan apa saja

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Labels

2016 (2) 2017 (5) affiliate (2) agent (2) agro (1) alhamdulillah (1) aurat wanita (2) batu 10 (1) berasap (1) Berita (1) biarkan cita tersenyum lagi (1) birthday (1) biskut (1) blogger (32) bloglist (1) brownies (1) campak (1) cari makan (1) coklat (1) contest (7) cornflakes (1) crunchy (1) dapur (1) duit (1) elise (1) environmental (1) erti (1) family (4) farm (1) festival (1) final year (3) food (1) foodporn (3) games (1) giveaway (11) gold (1) graduate (1) graduation (1) hadis (1) hantaran (1) hantu (1) happily (3) hati (4) heat (1) hectic sem (1) hitam (1) holiday (1) homemade (1) homesick (1) hunting (1) income (1) insidious 3 (1) issues (1) jalan-jalan (1) jana (1) jejari (1) karya (1) kuih (2) kuih raya (1) laboo (1) labu (1) life (1) maal hijrah (1) madu (1) makan (1) Malaysia (6) MATHAF (1) melancong (1) memori (1) mengumpat (1) moral values (5) motivation (1) movie (1) mudah (4) murah (1) negeri (1) nestum (1) newspirit (1) nikah (2) nutella (1) ogos (1) pantai (1) pelajar (1) pencarian (1) perihal (2) pinterest (1) pizza (2) port dickson (2) pray (1) produk kecantikan (1) PTPTN (1) puasa (1) puisi (2) ramadhan (1) rangup (1) raya (2) recipes (1) resepi (3) review (3) rezeki (3) rindu (1) roti (1) salam-bersalaman (1) sambutan (4) SEA (1) segment (14) sekepala (1) semasa (5) sembilan (1) SHARES (8) shout out (1) simplehijab (2) skincare (1) spend (1) sports (1) stroke (1) student (1) SUKAN (1) tabarruj (1) tag (2) telemovie (1) tempat (1) terkini (1) thailand (1) time (1) TIPS (3) top-up (1) Tuhan (8) usm (1) vacay (1) wanita (5)