.

Cara Membuat Situs Iklan Baris

Friday, 25 September 2015

PERIHAL " DARA "

Assalamualaikum and evenin' readers.
May God Bless.

sources : IG hafizsuratman

 Perihal "Dara" (Masalah Wanita)

Terjumpa post " Sanggup ke korang kahwin perempuan takde dara" kat facebook. Banyak saya lihat komen merapu dan berat sebelah. Mari saya terang hal ni. Ambil sebagai ilmu. Nak jadi suami kena tahu hal ni, nanti takut jadi masalah pulak

Masalah tentang dara banyak "myth" dan silap faham yang berlaku yang kadang jadi gaduh buat orang yang baru berkahwin

Basicnya, ia hanyalah selaput tissue pada opening lining vagina perempuan dan boleh jadi nipis dan ataupun tebal. Mesti kena ada lubang padanya untuk bagi darah haid keluar, saiz lubangnya normal sebesar jari atau tampon

Saiznya berbeza tebal nipis jadinya kadang tampon sakit ketika dimasukkan dan boleh berdarah ataupun senang saja dimasukkan tapi tak semestinya dia tiada dara. Sebab saiz berbeza setiap orang

Yang jadi masalah bila kadang orang sampai bercerai pasal hal dara. Yang tiada dara tak semestinya dia buat dah buat zina. Boleh jadi beberapa sebab antaranya lasak bermain basikal, kemalangan atau masalah congenital dari lahir memang takda lining tissue dara tu pada vagina. Athlete sukan memang highly boleh hilang dara

Dan gambar di atas adalah type2 selaput dara. Jadinya korang boleh ambil sebagai ilmu

Jangan nilai dari bentuk dara. Dah nama pun selaput tissue. Mana boleh fix natural bentuk dia pada semua orang

Tapi jangan tipu, kita tahu je dara zina dengan koyak natural macamana. Jadinya sila jaga maruah diri

Tenangkan minda, hargai ilmu dan layari zaman perkahwinan anda tanpa ragu2 dan moga kekal ke Jannah, insyaAllah. :) 


petikan diatas dikongsi oleh seorang yang bakal bergelar dr.
instagram : hafizsuratman





AND

This is my opinion about this. Setiap manusia adalah berlainan individu. jangan sesekali samakan  diri kita dengan diri orang lain. Tetapi boleh samakan tentang kejadian diri kita di muka bumi ini. Iaitu menjadi khalifah. Just think positive, setiap benda berlaku ada hikmah.

Dan kepada kaum hawa di luar sana, sentiasa berjaga. Memang Allah larang kita dari sangka-sangka. Tapi Allah benarkan sedikit sangkaan sebagai langkah hati-hati.

Sayang diri. jaga hati. jaga iman. In shaa Allah akan ada yang halal menanti. Dan kepada sesiapa yang sudah terlanjur jalan, Allah sentiasa ada untuk hambaNya. Hanya terpulang pada kita samada kita yang nak mencari Cinta Dia atau cinta palsu yang mengkaburi diri.

Kepada masyarakat, kita perlu terang pada mereka, bukan serang. Kita perlu didik, bukan herdik. Sekian.

Salam sayang adibarusli.



~ THANKS FOR READING THIS ENTRY~

Sunday, 20 September 2015

"GIVE AWAY by BUDAK KACAMATA : JANGAN BACA NOVEL NI"

Assalamualaikum and holla readers.

"GIVE AWAY by BUDAK KACAMATA : JANGAN BACA NOVEL NI"

<font face="inherit" size="3"><a href="http://s936.photobucket.com/user/mizzfrogycute/media/GIVE%20BY%20bkm_zpshkz0u4oi.png.html" target="_blank"><img src="http://i936.photobucket.com/albums/ad202/mizzfrogycute/GIVE%20BY%20bkm_zpshkz0u4oi.png" border="0" alt=" photo GIVE BY bkm_zpshkz0u4oi.png"/></a></font>

Jom join this contest. So, apalagi, tekan link GIVEAWAY BY BKM ! cepat cepat, sebelum tarikh tutup dan tarikh tamat !

To BKM,
I always support muslimat bloggers that have ijtihad to success dunya and akhiraah. Good luck in your future dear.

So, I tagged this 3 bloggers to join this Giveaway by BKM !

MOMOCHI MOCHA




Inilah hadiah yang ditawarkan oleh BKM. GOOD LUCK semua !

Wednesday, 16 September 2015

SELAMAT HARI MALAYSIA !

Assalamualaikum and evenin' readers

sources :  google

So, selamat hari Malaysia buat semua warganegara Malaysia. Diharapkan hari ini dimanfaatkan dengan baik. May God Bless. 

Teruskan berdoa agar Malaysia diberikan keamanan yang dirasai seluruh rakyat Malaysia dan bukan sekadar perkataan aman yang meniti di bibir-bibir manis. 

Teruskan juga berdoa agar Malaysia terhindar dari sebarang malapetaka yang besar. Aamiin.

Usaha perbaiki diri sendiri agar boleh membawa jasa dan kebaikan pada orang sekeliling. Bebaskan jiwa awak semua dari penjajahan hati hati yang kosong.


Selamat Hari Malaysia !


Adios.

~ Thank you for reading this entry. tralalalala ~

Tuesday, 15 September 2015

HATI

Salam readers.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah Al-Qalb ."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)




Hati ? Kenapa hati ? Actually this post more about my opinion. Semua orang ada hak untuk tegakkan apa yang mereka rasa. Either people who wanna listen into it or not. terpulang. Tak paksa..

Kadang kadang orang hanya berkata-kata tanpa fikir apa yang orang lain rasa. mereka akan berkata-kata tanpa fikir sebab dan akibatnya. ada orang berkata-kata seperti mereka seorang punya hati dan orang lain tidak ada. mereka berkata-kata tanpa fikir dua kali seperti yang selalu dilakukan orang yang punya akal bijaksana serta peribadi yang mulia. 

Lantas mereka mahu didengari ? 
kenapa ? 
Pantas atau tidak, kau mahu didengar tetapi kau tidak mahu mendengar?


Aku bukan mahu menghentam tetapi aku mahu sedarkan engkau supaya jangan jadikan diri engkau satu kebodohan yang berpanjangan. Mungkin kau fikir itu satu kebanggaan pada diri engkau, tetapi dari sudut pandangan orang lain, kau seolah-olah memperbodohkan diri sendiri dengan begitu senang.

Orang lain juga punya hati. Aku cuba hormat cara kau. Tetapi aku tak boleh bantu kau kalau kau sendiri yang cuba jatuhkan kehormatan dalam diri kau.





Hati ? Kau cakap jangan makan hati. Ini semua satu gurauan. Ada kau fikir dunia ini perantaraan atau gurauan ?
Kau tahu kenapa Islam ajar kita konsep akhirat ? kau tanya kenapa ? Sebab Islam nak ajar kita sebab dan akibat atas perlakuan yang telah kita lakukan. Jadi, dunia ini satu gurauan dan permainan ? Ada akal, sila pakai.

Aku bagi kau satu analogi. Kau nampak satu bukit. Aku minta kau turun bukit itu dengan kelajuan yang paling maksima. Engkau tak mahu bukan? Sebab apa? Sebab kau takut kau akan jatuh tergolek malah mungkin mati ? SubhanAllah. Pandai engkau berhati-hati dan berawas. Pandai kau memikirkan hal yang akan datang. Jadi kenapa tidak berawas atas perlakuan kau yang menzalimi diri sendiri di atas muka bumi ini?

Dan kau fikir semua orang atas bumi mempunyai hati dan perasaan yang sama seperti engkau ? Jadi maaf kalau aku katakan bahawa takkan wujud individu lain di muka ini. Hanya akan wujud kau yang pertama, kedua dan ketiga dan seterusnya. Jadi, kau masih rasa bahawa kau seorang punya hati ? 

Sometimes we just kept silence JUST to see how far your stupidity level can be achieved.

Jangan kerana kesempitan minda kau, kau sempitkan kehidupan dan pemikiran orang lain.




Manusia tidak ada butang delete seperti komputer untuk delete segala memori. Jadi manusia mampu memaafkan, tapi tidak mampu melupakan. Kenapa? kerana manusia yang beriman dan bertakwa tidak akan sesekali membenarkan benda yang sama berulang kali kedua.

Tuesday, 8 September 2015

HINTERN !

Assalamualaikum and night uollssss. *haa gitu .

So, lamanya tak hupdate blog ni. fuh fuh. berhabuk nyah. tak nampak kan? tak apa, sebab pemilik dia je yang boleh nampak. Jadi, semuanya sihat sihat belaka? mudah-mudahan. aamiin. heeee.

Maaflah, tak update dah lama sangat sebab busy memanjang. almaklumlah, suami nak kena jaga, anak nak kena jaga. makan pakai dia orang. siapa lagi kalau bukan si isteri ni. heee. berangan jap. Allahu, ini semua dusta. hahaa. 

Tepat 1 September 2015, saya dah masuk jadi pelajar praktikal. Orang cakap budak intern la. Apa ingat budak intern senang kena buli ke? haaa. dah kenapa emo terlebih. tak dak aih, saja gurau. mereka semua baik baik. supervisor saya je yang garang. #eh. tak tak. dia baik. serius la baik. gurau sikit je. haaaa. *mati aku kalau dia baca tapi takkan la dia baca ye tak?. haha.

So, First day boleh lah. saya yang nak cari kerja sangat, over excited sangat la tu. padahal supervisor kata "hari first ni relax relax la dulu", tapi si adiba yang degil ni rajin naw naw nak buat kerja. so, tolong filling documents for training di Kemaman,Terengganu. Dah biasa buat kat rumah, so tak ada hal la. haha. berlagak gila.

Second day, rasanya la kan, En.Supervisor tu nampak agaknya yang budak ni beria nak kerja. so, dia pun cakap lah "hari ni nak baca web ke nak tengok barang barang dulu kat warehouse?" Dengan bangga dan excitednya si Adiba ni jawab," nak pergi tengok barang ah, tak syok la duduk kat aircond je" .
pergh. ayat macam dah kenal lama je dengan En.Supervisor tu. ingat dia tu kawan awak ke cik Adiba? haha. *sorry, memang perangai jujur macam tu.heeee. 

After En.Supervisor dah terang and showed me all the machines and equipment, so kenalah buat nota yang proper sikit. Yela, bukan apa, perlu ingatkan diri sendiri, after this intership programme, I need to submit the report. Report tu ok je, but the presentation for Dr and Prof kat USM tu yang menggetarkan tulang rusuk hakak ni. Itu yang masa intern ni kena rajin sikit. sikit je la. tak banyak. *eh, selama ni rajin juga, but this time extra rajin.

For the third day, technicians kat sana ajak pergi tengok dia orang guna machine yang dah lama tak pakai which is power pack dan dibantu oleh delta head skimmer. Machines yang ada kat company ni semua untuk collect the oil spill at the offshore, river, ocean, and etc. So, untuk pastikan that machines do well and can functioning, they test the machines with the seawater. Sebelah company ni ada laut, so dia orang test kat situ je. Oh, lupa. saya intern di *Petroleum Industry Of Malaysia Mutual Aid Group . haaa. cari sendiri.

Hari yang terakhir dalam minggu yang pertama, buat kerja juga la. dah degil sangat nak kerja. En.Supervisor do asked me to memorized and read all about this company. Kalau dia tanya, I cant answer it, nanti En.Supervisor marah siapa yang tanggung woii. *aku la tu siapa lagi.huuuu.nangis dulu.

So, sepanjang seminggu menjadi budak intern ni, actually dah tajdid niat dah awal awal nak buang my habits yang dekat USM tu, which is terlampau serius dengan orang especially lelaki. Jangan jadikan sebab sebab yang kecil menjadi penghalang kejayaan kita dunia dan akhirat. Terutama CINTA. please and please. Kenali dan dalami cinta yang KEKAL dulu, jaga hati, jaga iman. Allah knows Better. ni lari tajuk ni. kah!

So, this first week try la cakap banyak sebab nak kenal macam mana actually perangai pekerja pekerja sana. Tak pernah dibuat nyah yang saya ni banyak cakap dengan lelaki. Manjang masam je. Yela, manis hanya untuk halal nanti. aicecece. silap tajuk lagi? heee. Gatal nak kahwin ke? Aipp muda lagi. heee. 

Yeah, I admit it yang dulu I took technical school and Tecnical Matriculation for mechanical engineering. Jadi bercakap dengan lelaki dalam urusan kerja sudah biasa. Tapi bila dah lama tinggalkan bidang tu, then must work again with a man, I just wanna see how they will react to me if I have a big mouth. That is all.

Jadi, keputusan telah diambil, kalau perlu diubah akan diubah. macam apa pula kan. kalah parlimen macam ni. So, I've decided to just be myself like in USM. Not totally that masam face. But..... heee..

Oh, before I totally forgot. For all new students that already officially be a student of Malaysian Science University(USM), enjoy and please work hard though. haha. btw, ptptn dah masuk. kah!



sumber: google

tak ada kena mengena. But ternampak gambar ni rasa nak post. entah.

p/s : *Smart people speak less. BTW, post kali ni gambar tak ada. macam pelik je kan tak ada dari author. sebab this lappy ada prob sikit. tapi still gagah nak post. 


Thank you reading this entry..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Labels

2016 (2) 2017 (6) affiliate (2) agent (2) agro (1) alhamdulillah (1) aurat wanita (2) batu 10 (1) berasap (1) Berita (1) biarkan cita tersenyum lagi (1) birthday (1) biskut (1) blogger (33) bloglist (1) brownies (1) campak (1) cantik (1) cari makan (1) coklat (1) contest (7) cornflakes (1) crunchy (1) dapur (1) duit (1) elise (1) environmental (1) erdinabeauty (1) erti (1) family (4) farm (1) festival (1) final year (3) flawless (1) food (1) foodporn (3) games (1) giveaway (11) gold (1) graduate (1) graduation (1) hadis (1) hantaran (1) hantu (1) happily (3) hati (4) heat (1) hectic sem (1) hitam (1) holiday (1) homemade (1) homesick (1) hunting (1) income (1) insidious 3 (1) issues (1) jalan-jalan (1) jana (1) jejari (1) karya (1) kecantikan (1) kuih (2) kuih raya (1) laboo (1) labu (1) life (1) maal hijrah (1) madu (1) makan (1) Malaysia (6) MATHAF (1) melancong (1) memori (1) mengumpat (1) moral values (5) motivation (1) movie (1) mudah (4) murah (1) negeri (1) nestum (1) newspirit (1) nikah (2) nutella (1) ogos (1) pantai (1) pelajar (1) pencarian (1) perihal (2) pinterest (1) pizza (2) port dickson (2) pray (1) produk kecantikan (1) proteinshake (1) PTPTN (1) puasa (1) puisi (2) ramadhan (1) rangup (1) raya (2) recipes (1) resepi (3) review (3) rezeki (3) rindu (1) roti (1) salam-bersalaman (1) sambutan (4) SEA (1) segment (14) sekepala (1) semasa (5) sembilan (1) shaklee (1) SHARES (8) shout out (1) simplehijab (2) skincare (2) spend (1) sports (1) stroke (1) student (1) SUKAN (1) tabarruj (1) tag (2) telemovie (1) tempat (1) terkini (1) thailand (1) time (1) TIPS (3) top-up (1) Tuhan (8) usm (1) vacay (1) wanita (5)