.

Cara Membuat Situs Iklan Baris

Monday, 5 December 2016

HIATUS / wish me LUCK !!

Assalamualaikum and hi guyss!
May Allah blessed all of you:)




Udah LUNCHnya ka belum? haha.

Oh my Allah, lama gilaaa kan sis tak hupdate blog. Maaf beribu kali maaf. 
Sis bukan sengaja tak nak hupdate blog. Tapi memang kekangan masa yang teramat sangat.

Ni sis ambil masa 5 minit je k. 5 minit je tulis. In shaa Allah.

Terlalu banyak prioriti buat masa sekarang dan sis jarang hupdate blog. First things first guys. First things first.

Dan in shaa Allah akan sambung balik menulis dalam masa yang terdekat.
Doakan ya korang :) "nak tulis ayat pun macam awkward dah ni.tsk tsk."

Banyak sebenarnya yang sis dah draft kan apa yang nak share dengan korang semua. Just tulah, kita kalau nak buat something kena fikir dua kali kan. menulis pun macam tu juga, kena tahu hujung pangkal. Tak boleh pakai terjah je. 

Yang mana email sis nak iklankan igshop nak tepek kat blog ni, mohon maaf. Sis still tak reply. And yang paling terkilan, tolak review dari zalora.MENGALAHKAN ARTIS BUSYNYA. haih. haha Tak apa la, mungkin rezeki lebih berpihak pada blogger lain:)

Apa-apa pun, mohon doakan sis berjaya habiskan final year (final sem,viva dan thesis) dengan jayanya. haha. ayat skema betul.

Dan tak lupa juga, doakan saudara-saudara kita yang ditindas di semua negara Islam  yang berkaitan supaya selamat dan dipelihara iman mereka. aamiin.

Untuk sesiapa yang baca ni, semoga berjaya dalam apa yang korang buat dunia akhirat. In shaa Allah. Yang penting niat tu sebab Yang Maha Satu Allah. 



YOU KNOW YOURSELF BETTER THAN THE OTHERS DO, DONT LET THEM BREAK YOU DOWN. 
LOVE YOURSELF, AND DO IT OFTEN. :)


SEE YOU ALL SOON. WISH ME LUCK KORANG!! 
lots of love, A.R :)

Monday, 8 August 2016

Biskut Roti Jejari Coklat RANGUPP

Assalamualaikum and hi readers!
Good evenin' and May Allah blessed all of you:)

Eventhough raya dah habis, I must shares jugak resepi biskut roti jejari coklat ni untuk simpanan masa hadapan. Dah dua tahun buat biskut ni sebagai salah satu kuih raya kat rumah.

Dan kerap jugak la makcik pokcik tanya gi mana nak buat kuih ni yoppp? haha.

So, this is it guys. Mudah je. Sebab sis suka buat kerja mudah. Kalau cukup mudah, kita permudahkan lagi.heeee :)


credit: google

BAHAN-BAHAN

  1. 1 bungkus Roti Gardenia BONANZA (actually tak kisah nak guna roti apa pun)
  2. 500g Milk Compund Beryls (Nak guna Dark compound Beryls pun boleh, lagi sedap)
  3. Nestum secukupnya. (Beli dari kedai bakeri yang 1 kg punya terus) 
Tu je pun bahan-bahannya. Mudah sangat kan? Pejam mata boleh settle. *tipu la tu. Kalau beli Chocolate compound tu, boleh buat dua bungkus roti la. sebab dia 1 kg.

So, kita dah tahu bahan-bahan nak buat kuih ni, moh ler kita tengok cara buat dia pulak.

STEPS :

1. Gunting roti kepada dua bahagian. Satu bahagian potong lagi pada 7 bahagian. Result dia macam gambar kat bawah ni. So, satu keping roti(SATU KEPING TAU) dapat 14 jejari roti. banyak kan? Lepas tu susun dalam loyang.

2. Bakar jejari roti tu semua dalam oven. 190'C dalam 12 minit. 
(Tang suhu dengan masa korang kena pandai2, sebab lain oven lain ragamnya. Ada oven baru and oven lama.Jangan sampai rentung sudah)

Ni la rupa bila dah keluar dari oven. Dari segi saiz ada pengecilan sedikit.haha. Ada la tu explaination dari segi saintifik. Nak tahu p belajar sana.heee

3. Celupkan dengan coklat yang korang dah cairkan guna kaedah double-boiled. Golek-golekkan jejari roti tu, biar semua sudut kena coklat.
Sis guna kaedah double-boiled rice cooker ni sebab tak nak dia keras cepat sangat. susah nak buat nanti. Asyik kena ulang alik dapur je. 
So kalau macam ni, dia akan terus cair.haha. But hati-hati tau, sebab coklat ni dia sejenis yang sensitif dengan haba. Silap sikit, terus tak jadi coklat cair and akan berketul-ketul. Bila berketul, susah nak pulihkan tekstur dia balik. Kiranya korang kena pandai main dengan temperature dia:)


4. Last but not least, lepas habis celup jejari roti tu dengan coklat, tabur dengan nestum. The end, taraaaaa... Senang kan?haha
Tak kisah la nak tabur or celup ke macam mana, asal semua coklat tu ditutupi dengan nestum. Mudah kan? haaaa. dah cakap. Siapa yang tak nak percaya tadi tu? haha. I told ya.

Ada banyak lagi resepi kuih raya yang tak sempat nak post. In shaa Allah, ada masa, I'll post. :)

See you all so soon ok? heee. apa apa komen, roger je kat comment box below or kat cbox. Trust me, I read all of that stuff. Nite dude. 

Assalamualaikum. :)

Sunday, 7 August 2016

Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits

Assalamualaikum and hi readers!
Good evenin' and May Allah blessed all of you:)

Lamanya tak join PENCARIAN BLOGLIST or any GIVEAWAY. I've been tagged by MAS. thanks awaa. :)

So, nak mengeratkan lagi silaturrahim sesama blogger, sis join PENCARIAN BLOGLIST dari GADIS KENIT.

Photobucket

Syarat dia mudah je. Nak tahu syarat dan macam mana nak join tekan gambar k:)

Blogger yang bertuah, kena tag oleh empunya blog ni ialah...... drum rolls pleaseee....

1) YAYA

2) CikKyra

3) Airin

Thursday, 21 July 2016

I'M GETTIN' MARRIED?!! [3P strategies]

Assalamualaikum guys!
May Allah blessed all of you:)

Cliche tak tajuk? haha.




At first, I thought macam nak buat video. Bebel pasal tajuk post ni la kan. Sebab malas nak taip. Then fikir punya fikir, nak set up camera, lighting tu semua lagi la malas. So at the end, moh ler kita menaip.haha.

So, am I really getting married? whooaa. *pengsan sekejap.

REALLY??!!!  *mohon faham, ada question mark kan kat situ.

Hokeyh. macam ni cito ea. meyh den nak cito. donga elok elok. Hadam sampai halus dan kalau boleh, bagi lumat terus.haha.

Last week, on 22nd July 2016 (obviously la kan 2016, haih). Dekat dekat jam nak ke middle of the night tu, around 11.30 p.m, I received a wassap from my friend in our group wassap.

Bukan group yang ramai members macam group class tu. Its actually more pada group wassap that only have 5 people in it.  Bukan group puak hokeyh. Nak kata puak jugak? Peduli pulak aku. kahkah. Jahat tak? haha. *Ala korang pun mesti ada kan.ngaku cepat!!

Owh lupa pula, my friends called me "sya" instead of adiba. *ni kita cerita lain post pulak k.haha




abaikan group wassap punya gambar doraemon tu k tu.haha. masing-masing dah besar, perangai semua nauzubillah..budak budak sangat termasuk la yang empunya blog ni ha..hahaa


Then, all of the screenshot above was our conversation on that night la.
Luckily that time, yang 3 orang lagi offline. Fuh fuh leganya macam baru lepas lari 7km.If not, lagi la chaos that group lagi-lagi topic pasal kawin mawin ni kan. hmmm.

Based on that conversation, there was someone did asked my friends if I will get married dalam masa terdekat ni. and I was like, seriously? 

But that time, I dont know why I just think positive because I literally thought this things like a funny matter persis a stupido prank that my friends wanna set me up.

But it is a serious matter actually to them because yela, kitaorang rapat, then alih alih orang yang tak rapat langsung, tahu that I'm getting "MARRIED" dalam masa terdekat ni.

Of course la they will think I backstabbed them kan.haha. Tahu pun kan. yang korang rancang nak kawin senyap senyap tu sape suruh. ha, kalau aku betul-betul kawin, macam mana? Jahat nya aku.kahkah. 

Chill la. I love you guys ok. So, kalau aku kawin hidang bihun and nasi goreng pun, aku bagitahu korang dulu. Then terserah la nak datang ke tak.haha.

Just this matter like a funny things you know. Why ahh? because, seriously? 

How can someone knows that I'm getting married without me, myself does not know about this? haha. And persoalan paling top yang diri sendiri pun tak boleh jawab, WHO IS MY FUTURE HUSBAND? hahaha.

I just can assumed maybe that person have a speciality or keistimewaan yang boleh tahu or ramal masa depan orang lain?hahahah. Or ya, mungkin jugak that person have some kind like a dejavu yang nampak I kawin dengan someone yang well-known enough, or famous? Mungkin la, high possibility that time she realize that the bride is me. *perasan. haha.

And for my friend cakap "masakan pokoknya tidak bergoyang jikalau ngak ada angin".
*Dia tak tahu agaknya MONYET pun boleh goyangkan pokok tu.haha There are so many factors pokok tu boleh bergoyang. Pembalakan haram,monyet lalu sebelah,banjir,pokok kena sambar kilat.haha.

If I really want to change my title from single to bini orang, I will ensure I will finish my 3P's point dulu. *My friends knew this.

Now I gonna shares with you guys. Hadam elok elok naaa.

I've got this 3P strategies from ustazah Fatimah Syarha in her drama "AKU ADA WALI". *I'm really her big fan.lambai tangan.heee

1st P point - PAUSE

"PAUSE" your mind. Muhasabah diri dan ingat balik apa tujuan hidup kita sekarang sebagai seorang student, anak, dan khalifah. Hidup ni sekejap je pun.

One of my favourite QUOTES in that drama  "Kita tak akan bermotivasi besar untuk buat something besar jika tak sibuk dengan tujuan hidup yang besar."

First time I heard that quotes, woaahh. Ma mind is blown. After that I kept muhasabah diri like "It is ok for you to make a mistakes dalam mengejar tujuan hidup(your goals), because we will learned from it. But it is not ok, if we keep repeating our mistakes again and again."

For the 2nd P point - PRIORITY

When we always remember that we have something big that we must achieved, we will focused on it. And makes this big thing as our life priority. 

And my priority now is to gained a knowledge and ilmu as much as I can. Then I'll makes my parents proud of me. Yeayyy!!!

For the last P point - PERGI

Pergi kat sini doesn't mean PERGI randomly tanya kat strangers "hey, you wanna get marry with me". NOOO.... that is totally WRONGG DUDE!!!

This term PERGI, is pergi mendapatkan jodoh dengan doa dan usaha. Dan usaha bermaksud menjadi orang baik luar dalam dari pelbagai segi. So, in shaa Allah we will get our soulmate also seorang yang baik. 

Our last prophet Muhammad s.a.w dan para sahabat ketika berusaha berpegang pada 2 prinsip. 1st, tidak mendekati zina dan yang kedua, meraikan keluarga. :)

THE END!!

So, that is the end of 3P strategies that I applied in my life. Kalau tak habis lagi 3P strategies ni jangan harap nak kawin.haha. Dugaan terbesar sebenarnya dalam hidup kita, ialah diri kita sendiri. Am I right?hmmm.

I'm not that "baik" type of person. Terlalu, tersangat banyak kekurangan.Still memperbaiki diri dan jauh lagi nak jadi baik, banyak yang kena improve. So, if anything you wanna ask, and also if you guys wanna bash me sebab post kali ni bagi you guys annoyed haha, just comment in the comment box below. ok? *I tak makan orang tau.haha

Thanks guys. May Allah blessed.

p/s: oh ya, before I forgot, I totally recommend you guys tengok drama AKU ADA WALI. Terlalu banyak moral values, dan yang mana tengah nak sadokan hati or nak dapatkan semangat study pun, boleh tengok. You guys can watch and download it online :)

That is all from me..
Tataaaaa.

Saturday, 16 July 2016

CORNFLAKES MADU Rangup & Crunchy !

Assalamualaikum!
May Allah blessed all of you:)

SELAMAT HARI RAYA!! Maaf Zahir Batin!

So, in the previous post, I've made a promises nak shares resepi kuih raya yang sangat simple mimple kan yang sis buat untuk raya tahun ni. haha. mimple pun boleh la. hihi

Disebabkan sis balik rumah hari tu seminggu sebelum raya (lepas habis exam terus chiaoo), so penat la memunggah dan mengorek segala resepi yang mudah dan terover mudah untuk dibuat kuih raya.

Mudah, simple, segala jenis kekacang, dan janji over sedap. haha. *over gila hiperbola. haha.

Sebabnya kenapa sis buat kuih raya dan tak suka beli kuih raya, dulu pernah beli alah kuih tunjuk lah orang panggil, mashaAllah rasa dia. Dah lah mahal, keras pulak tuu!! Kawan sis makan, lepas tu keluarkan balik. memang keras. tak boleh gigit. Sis pulak tak rasa dulu sebelum hidang. Haih. malu gila hang tau dak, rasa nak sorok muka je masa tu.

Tapi tak semua la kuih tunjuk keras. Kena pandai pilih la. Mungkin masa tu mungkin tangan tak "ong" kot. haha.

Kalau kita yang buat sendiri boleh alter sesuka hati. Nak lebihkan coklat ke, kacang ke, butter, or apa-apa je la. Ye dak?

First, I thought sempat buat 3 kuih ja. Tapi last last, sis end up dengan cornflakes madu, popia nestum, butter cookies, chocolate chip cookies, jejari coklat nestum. 5 jenis kuih kau tahu. haaaa. hambik. Tapi semua yang mudah la.Kita kekalkan slogan "LESS IS MORE" haha.

Tu pun ada sebab tu kenapa bertambah. Nanti sis cerita bila tiba resepi yang tak ada dalam list tu, which are BUTTER COOKIES & CHOCOLATE CHIP COOKIES :) memang tak pernah ada langsung dalam list.haha.

Tapi nanti sis shares jugak resepinya. k?

So, I will start with CORNFLAKES MADU yang rangup dan crunchy!! 

Serious tau. tak tipu dia memang rangup. Tahun depan korang boleh la try buat.

Sis pun refer sini je la tahun depan. Kalau tulis kat buku, memang hilang. Adik sis tu jenis semua buku dia nak buat conteng kira-kira.
 
CORNFLAKES MADU RANGUP DAN CRUNCHY

BahanA
Butter (125g )
Gula perang (1/2 cawan)
Madu (1cawan)

Bahan B
Satu kotak cornflakes (500g)
Kismis (1 cawan)
 *kalau nak letak kacang dengan kismis pun ok. atau kacang je.

Bahan C (Bahan Hias)
- Papercup (sukahati nak guna besar ke kecik) *sis guna kecil je so dapat dua balang panjang)

- Ceri potong potong kecik atau biji warna warni yg selalu orang buat topping tu.

Steps
1) Panaskan bahan A ikut turutan yang sis dah susun kat atas tu. Sampai semua dah cair (agak-agak dah ok), tutup api.

2) Masukkan bahan A kat mangkuk yang kita dah standby letak kismis dan cornflakes dalam tu awal-awal lagi sebelum kita panaskan bahan A.

pesanan: masa masukkan bahan A tu, api kena sedang-sedang je tau. Yela takut gula tu nanti hangus. pahit woii nanti.


Ni result bila bahan A tu kita masukkan dalam mangkuk yang ada bahan B. 

3) Lepas tu kacau dengan lemah lembut biar sekata semua campuran Bahan A tu.



4) Ni ha. Lepas dah kacau rata semua cornflakes dalam mangkuk tadi, letak agak-agak dalam papercup dan bila dah penuh satu dulang tu boleh la bakar dalam oven. 

5) Sis bakar 175'C (8-10 minit). 

Tapi korang kena tahu jugak, suhu mana yang sesuai dengan oven korang nak bakar conflakes ni. Oven setiap orang kan lain-lain. Ada yang baru, ada yang lama. ok?

Lepas dah keluar dari oven, bagi dia sejuk dalam 5 minit. Then dah boleh masukkan dalam balang. 

Taraaaa. Tu je la resepi nya. simple kan.

Maaflah tak sempat nak snap gambar bila lepas keluar oven, sebab adik sis semua dah tibai makan. haha. Sis pun jadi lupa.




Oh ya. Ni sis punya sukatan. Sis beli kat kedai bakery je. Yang kat atas ni warna kuning tu sukatan dia 1 cawan dan warna hijau sukatan dia 1/2 cawan. 

Sebenarnya ada satu set, 1/4 cawan la. 3/4 cawan la and etc. Tapi dekat resepi ni guna dua size je kan. So, sukatan yang atas je sis guna. :)


Saturday, 9 July 2016

Raya 2016

Assalamualaikum!
May Allah blessed all of you:) 

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN!

So, how's your raya? is it ok?

However it is, we all should be grateful what we have now.

Yeah I know.Tak semua dari kita ada keluarga yang lengkap. Mungkin lengkap tahun lepas, tapi tahun ni tak. Apa-apa pun kita kena teruskan perjuangan hidup kita.

Doakan yang baik-baik untuk mereka yang tiada sebab itu yang menjadikan kita anak/cucu/anak saudara yang soleh dan solehah. Aamiin. Al- Fatihah.

So, sis raya tahun ni macam biasa. Disebabkan kampung belah ayah and ibu dekat je dengan rumah. Dan kedua-dua kampung pun sebelah menyebelah. hehe. So tak kisah pergi kampung siapa dulu.

Sis paling suka bila jumpa sepupu sepapat la. Masing-masing dah besar.

Dulu masa kecik-kecik selalu naw main sama-sama. Main semua permainan macam tak sempat nak tunggu esok untuk main. haha.

Tapi bila dah besar ni faham-faham je la semua dah malu. Dengan yang berlainan jantina la.

Ada dua tiga orang je yang still boleh ngam and gossip"ing".

Sis ni kalau berkumpul dengan pak cik mak cik and sepupu memang banyak cakap. Dah boleh ngan Persatuan jemah sekalian. Yela, dekat U dah senyap and serious memanjang kan. Fikir assignment la, quiz la. 

So kat kampung and kat rumah bergelak sakan la. Sampai adik sis cakap sis ni dah buang tabiat and sewel sikit. sebab benda kecil pun gelak macam hape ntah.

Yela. Kita kat U dah penat guna otak. Tak bercakap sangat, sampai orang takut la nak tegur. So, kita balas dendam la kat rumah ngan kat kampung dengan gelak and pokpek jee..heee.




Gambar first yang lengkap satu family dengan atuk (ayah ibu). Even kampung dekat, disebabkan belajar jauh and jarang balik. So tak sangat jumpa atuk.

Sis ingat lagi, masa raya tahun lepas kot, atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan, raya ke-6 or ke-7 baru dapat ziarah atuk. Then masa kitaorang satu family sampai, masa salam tu, atuk tanya "lambat sampai? kenapa lambat lawat atuk, ingat tak nak datang dah"

Kalau tak ada orang lain, I feel like my tears will burst right on the spot. Now, sis faham. Jangan ingat orang tua yang dah kurang sikit pendengaran, kurang sikit penglihatan mata ni tak ada perasaan. Diaorang ni lagi sensitif and kuat ingatan.

Lagi satu, tolonglah jangan bincang hal harta depan mereka. Ingat dia orang tak dengar ke?
Dia orang dengar. Tapi dia orang buat-buat tak dengar sebab nak mengakhiri hidup dengan tak ada kebencian terhadap anak-anak.

Kalau orang tua ni tak sanggup lukakan perasaan and hati anak-anak, why anak-anak sanggup lukakan hati orang tua. Dia orang still ada dengan kita. Tak elok la buat macam tu. ok makcik pakcik jemah sekalian?



Kalau raya tahun lepas family sis #teamrayahitampink, tahun ni family sis #teamrayahitamgold. Haha.

Family sis tak pernah tak sedondon. Dari kecil kot, sis tengok gambar, mesti sedondon. Sebab ibu dah terapkan macam tu. Katanya nampak unite sikit. aicewaahhh. Bukan lah tak sedondon nampak tak unite, tapi ha macam tu la. haha. Jangan kecam sis. haha

Zaman sekarang ni suka naw nak kecam-kecam. tak kecam pun viralkan. haih, biasa dia ya. Raikan perbezaan, eratkan persamaan. 

Sis pun tak ambil masa banyak nak beli baju ni. beli semuanya siap. sis jarang tempah. haha.



Ha, siapa cakap umur 20++ tak dapat duit raya. Sis still dapat lagi tau. Lagi banyak dapat dari masa kecil. tengok tu sibuk je kura-kura tu nak ambil duit.haha

Maafkan muka seronok tak terhingga sis tu. haha.

By the way, pada adik-adik kecil yang sibuk kumpul duit raya tu. Jangan lah main terjah rumah orang tak kenal nak beraya. Sekarang ni macam-macam kes. Ibu bapa pun mohon tegah ya anak-anak. *dah macam kuliah pagi pulak.



Nampak tak muka berkerut sis yang dah lama tak dapat kerepek pisang + tengah fokus dengar mak cik pok cik bercerita "berita sensasi" terkini. haha.

Ni masa raya kedua. Sis sebenarnya lagi suka beraya malam hari sebabnya tak panas. haha. 

Dan kalau malam dapat tengok bebudak main bunga api. Suasana macam ni bukan dapat tengok setiap hari kan. So, sis pun tak boleh buat apa lah, tadahla telinga dengar orang main mercun. Sis sebenarnya tak suka bunyi mercun lagi-lagi yang kuat tu.

Bukan apa, terkejut terkejut tau. Entah berapa decibel la bunyi satu mercun bola tu. Nasib  duration dia 1-2 saat je. 



Ni adik perempuan sis. Bila pergi beraya mesti la orang ingat dia ni kakak sebab lagi besar.

So apa lagi, sis pun dapat duit raya dan dia tak dapat.haha

But, satu benda yang memalukan sis ialah tak pandai make up woiii dan adik sis lagi pro! Dia yang make up kan sis masa first raya. Tu pun sis nak light make up je. Yela sebab tengok dia punya muka macam glowing je kan. So sis pun nak jugekkkk. haha

Dia pun bukan lah make up yang heavy tu, sebab muka kita orang tak ada jerawat. Jenis  make up biar nampak berseri tu dah lah.

Sis jenis tak make up sangat. sebab nya muka cepat berpeluh and sis fikir susah nanti nak basuh. leceh. Masa raya tu make up pun sebab ibu cakap "make up la sikit. Muka kak long nampak kusam and pucat kalau pakai bedak je".

So kita pun anak mithali la kononnya, ikut la cakap ibu. heeee.

By the way, nanti sis nak kongsi resepi kuih raya. Resepi sis yang main campak campak.haha.

in shaa Allah jika dipanjangkan umur, tahun depan kalau sis nak buat kuih raya refer kat blog ni je la balik.heeeee.

Last, again, selamat hari raya! Maaf zahir batin dari sis dan keluarga!



Friday, 24 June 2016

After a long long HIATUS (Part 2)

Assalamualaikum and hi readers!

May Allah blessed all of you:) 




Sedar tak sedar lagi 10 hari berbaki bulan Ramadhan . "apa ayat macam pelik je ni"


So, how? So far ok ke K.O ? Yela mana lah tahu ada yang collapse or tertido masa tarawikh. Adik sis pernah tertido k masa imam tengah baca surah(panjang kot).sshhh.jangan beritahu dia.haha. 

Semoga Ramadhan kali ini bermakna, and kita still boleh kejar balik malam malam terakhir ni. tiada alasan. Chaiyokk!!

In shaa Allah.

Btw, Fiuuhhh.
Lama gila kot tak tulis or jengah blog. Lagi sedih tak visit page blogger lain. umanggaiiiii rasa kosong kosongg~~

Ya Allah, memang busy yang teramat sem ni. Ni masa sis post ni, sis dah nak berangkat balik. haha. macam perantauan la sangat. Penang - Negeri Sembilan je pun.3 bulan tak balik k. kau rasa?heee

Tapi tu la, nak salahkan projek and benda-benda yang melambak kena settle by this sem pun tak boleh jugak. Yang penting, diri sendiri tu. Tanya diri sendiri, pandai ke tidok manage time. "emoticon perli"

So, siapa yang dah buat kuih raya? heee. Lepas balik tarawih buat la. Jangan bagi alasan tak nak pergi tarawih sebab nak buat kuih raya.haha. 

Kita kena ingat yang tetamu Ramadhan lagi 10 hari je nak tinggalkan kita. Sedih la macam ni kalau awak semua tinggalkan dia dan dah sibuk buat persiapan untuk tetamu Syawal.

Nanti ada yang kata "Alah sis, Syawal datang bukan selalu, setahun sekali."
Eh Ramadhan pun setahun sekali. Ada dua kali Ramadhan ke? Dah la dia bagi hadiah kat kita, Malam Lailatul Qadar. So? At least Hari raya korban ada lagi.

No offense tapi buat la yang mana terbaik untuk diri kita. :)

Yang penting mesti lebih baik dari semalam. ok?

p/s: Short entry from me sebab dah nak pergi airport woiii.haha. kang terlepas flight kau nak ganti?haha.

See you all so soon. In shaa Allah. Happy Fasting everyone:)


Sunday, 6 March 2016

FAMILY'S OPINION

Assalamualaikum and hi readers!
May Allah blessed all of you:)

So, sis selalunya akan ambil masa yang lama untuk post something melainkan post on the spot yang tanpa backspace langsung.

Kalau post on the spot tu maknanya lahir dari hati yang suci la kiranya. ecehhh. suci lerr.

Takk tak. sebenarnya niat memang nak bagi pendapat. "padahal banyak kerja oii"

Respect, words and love.

3 perkataan di atas tu kata kunci untuk post kali ni. haha. dah macam dalam debat pulak. "Saya buka 3 kata kunci utama dalam debat kali ini Yang Dipertua" kah.

Jadi tanpa bebelan yang panjang, sis nak story sikit. sikit je la.


RESPECT.

Lain orang lain cara. Lain keluarga lain budaya. Lain agama lain amalnya.

Faham tak? tak faham kan?

So, lemme explains.

My family ada gaya kami yang tersendiri. dan sis yakin setiap keluarga pun macam tu.

So, if somebody that we usually called strangers then suddenly heard the conversations between me and my family, they will absolutely call me a rude daughter to ma dad and ma mom.

Why? Because your family is not mine. and mine is not yours dude.

Rules dalam keluarga awak lain. Rules dalam keluarga sis lain. So, mana boleh bandingkan cara your parents didik awak dengan my parents "didik" me n ma siblings.

Honestly, my parents knows our "lawak hambar" yang dianggap "RUDE" by some people.

And yeah I also knows their "lawak hambar" yang dianggap "tak patut kot cakap kat anak cenggitu".

Jadi, batasan dan limitations yang berada dalam satu satu keluarga hanya keluarga itu sahaja yang tahu.

Screw your judgements. You don't even know "that" family.

Biasa la. Cara mendidik anak lain lain bagi setiap orang.

And I appreciate ma mom and dad "ajar" sis dengan cara mereka tersendiri dan ikuti perkembangan remaja sampaikan percakapan dia orang pun kalah remaja sekarang. kau rasa? haaaa. jangan main main. 

I do think that ma parents applied this phrase "Kalau nak didik anak, jangan ikut zaman kita, ikut zaman anak tu sendiri tanpa melebihi batasan".

Mohon keluarlah dari mindset yang ntah apa-apa.Come on guys.awhhhh. This is such aca-disappointment.

We're in 21st century. 1st century of the 3rd milennium man. Get out from "that" judgemental things!!! 

Bukan marah. takkk.. nasihattttt. "ikut kata my dad" haha


WORD

Yes. word. this is really important.

Jaga-jaga dengan kata awak semua yang boleh melukakan hati parents. 

Eventhough we used to buat lawak hambar, but all the things in this life has a LIMITS. This things like natural things that will come to our common sense.

Come on la. Takkan tak tahu kalau diri sendiri dah terover acting dengan parents. Ingat dia orang tak tahu? Dia orang just "buat-buat" tak tahu sebab nak tengok sejauh mana kau boleh tipu.

Seriously, my type memang akan cerita the whole story to ma parents. A-Z. And tak pandai menipu sebab air muka ikut kata hati.

Kalau tak suka terus tunjuk.Kalau terlebih suka pun, cepat tunjuk dari air muka. Kadang kadang rasa macam benefit, sometimes rasa macam tabiat buruk pula. Susah nak ubah. Haih. #siscuba

Btw, ma parent usually knows my "kata hati".haha.

And mohon yang mana kalau tertinggi suara dengan parent tu cepat cepat minta maaf. Serious talk, kalau tak, mesti terfikir je dan rasa nak timba ilmu tu macam tak diberkati kalau tak minta maaf. hah sampai macamtu sekali.

Yela, benda yang paling tajam dalam diri manusia adalah yang tidak bertulang iaitu lidah. 

Sekali dah paku, bila tarik keluar still ada kesan. Macam tu juga percakapan.
 "tapi kalau dengan ajnabi,gadis-gadis semua kena tegas. Kau jangan menggatal pulak. Bagi suami tu jadi orang first dengar suara awak yang lembut tu."

Dah masuk bab suami pulak ni kenapa.haha


LOVE

Cinta. Mindset belia sekarang mengenai cinta mesti yang laki perempuan things tu.

well hellooo. tak ada life ke. Yang dah nikah tu lain cerita la. Biaq p la sama depa.

Cinta pada yang Satu. Cinta pada kekasihNya, Cinta pada ibu bapa. 3 ni memang penting.

Pergilah merantau mana, kalau 3 ni tak pegang, susah wei. serious susah.

Tapi kalau pegang 3 ni, in shaa Allah pergi mana pun berjaya.

oh yeah. Lagi satu. selalu lah puji your parents. Tak rugi air liur pun. Satu ayat pun dah boleh naikkan semangat dan psikologi dia orang tau. 

So, yang mana ada buat salah dengan parents or anybody, just minta maaf. Kadang kadang kita minta maaf bukan sebab kita ni lemah, tapi sebab kita tak nak terputus silaturrahim..

Jadi, sis minta maaf kalau post on the spot kali ni ada sakitkan hati orang ke, we wont know right. 
Sorry semua.

Have a nice day.

To ma mom and dad, seriously you guys are the best parents in this world. 

Only we knows. "wink".heeee..

to ma Gorgeous QUEEN and a Handsome KING, nah bunga. :) Love you guys.


p/s: sis tengah countdown mid term break. tak sabar nak balik rumah oi. 24daysleft. haha. :p






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Labels

2016 (2) 2017 (6) affiliate (2) agent (2) agro (1) alhamdulillah (1) aurat wanita (2) batu 10 (1) berasap (1) Berita (1) biarkan cita tersenyum lagi (1) birthday (1) biskut (1) blogger (33) bloglist (1) brownies (1) campak (1) cantik (1) cari makan (1) coklat (1) contest (7) cornflakes (1) crunchy (1) dapur (1) duit (1) elise (1) environmental (1) erdinabeauty (1) erti (1) family (4) farm (1) festival (1) final year (3) flawless (1) food (1) foodporn (3) games (1) giveaway (11) gold (1) graduate (1) graduation (1) hadis (1) hantaran (1) hantu (1) happily (3) hati (4) heat (1) hectic sem (1) hitam (1) holiday (1) homemade (1) homesick (1) hunting (1) income (1) insidious 3 (1) issues (1) jalan-jalan (1) jana (1) jejari (1) karya (1) kecantikan (1) kuih (2) kuih raya (1) laboo (1) labu (1) life (1) maal hijrah (1) madu (1) makan (1) Malaysia (6) MATHAF (1) melancong (1) memori (1) mengumpat (1) moral values (5) motivation (1) movie (1) mudah (4) murah (1) negeri (1) nestum (1) newspirit (1) nikah (2) nutella (1) ogos (1) pantai (1) pelajar (1) pencarian (1) perihal (2) pinterest (1) pizza (2) port dickson (2) pray (1) produk kecantikan (1) proteinshake (1) PTPTN (1) puasa (1) puisi (2) ramadhan (1) rangup (1) raya (2) recipes (1) resepi (3) review (3) rezeki (3) rindu (1) roti (1) salam-bersalaman (1) sambutan (4) SEA (1) segment (14) sekepala (1) semasa (5) sembilan (1) shaklee (1) SHARES (8) shout out (1) simplehijab (2) skincare (2) spend (1) sports (1) stroke (1) student (1) SUKAN (1) tabarruj (1) tag (2) telemovie (1) tempat (1) terkini (1) thailand (1) time (1) TIPS (3) top-up (1) Tuhan (8) usm (1) vacay (1) wanita (5)