.

Cara Membuat Situs Iklan Baris

Saturday, 9 July 2016

Raya 2016

Assalamualaikum!
May Allah blessed all of you:) 

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN!

So, how's your raya? is it ok?

However it is, we all should be grateful what we have now.

Yeah I know.Tak semua dari kita ada keluarga yang lengkap. Mungkin lengkap tahun lepas, tapi tahun ni tak. Apa-apa pun kita kena teruskan perjuangan hidup kita.

Doakan yang baik-baik untuk mereka yang tiada sebab itu yang menjadikan kita anak/cucu/anak saudara yang soleh dan solehah. Aamiin. Al- Fatihah.

So, sis raya tahun ni macam biasa. Disebabkan kampung belah ayah and ibu dekat je dengan rumah. Dan kedua-dua kampung pun sebelah menyebelah. hehe. So tak kisah pergi kampung siapa dulu.

Sis paling suka bila jumpa sepupu sepapat la. Masing-masing dah besar.

Dulu masa kecik-kecik selalu naw main sama-sama. Main semua permainan macam tak sempat nak tunggu esok untuk main. haha.

Tapi bila dah besar ni faham-faham je la semua dah malu. Dengan yang berlainan jantina la.

Ada dua tiga orang je yang still boleh ngam and gossip"ing".

Sis ni kalau berkumpul dengan pak cik mak cik and sepupu memang banyak cakap. Dah boleh ngan Persatuan jemah sekalian. Yela, dekat U dah senyap and serious memanjang kan. Fikir assignment la, quiz la. 

So kat kampung and kat rumah bergelak sakan la. Sampai adik sis cakap sis ni dah buang tabiat and sewel sikit. sebab benda kecil pun gelak macam hape ntah.

Yela. Kita kat U dah penat guna otak. Tak bercakap sangat, sampai orang takut la nak tegur. So, kita balas dendam la kat rumah ngan kat kampung dengan gelak and pokpek jee..heee.




Gambar first yang lengkap satu family dengan atuk (ayah ibu). Even kampung dekat, disebabkan belajar jauh and jarang balik. So tak sangat jumpa atuk.

Sis ingat lagi, masa raya tahun lepas kot, atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan, raya ke-6 or ke-7 baru dapat ziarah atuk. Then masa kitaorang satu family sampai, masa salam tu, atuk tanya "lambat sampai? kenapa lambat lawat atuk, ingat tak nak datang dah"

Kalau tak ada orang lain, I feel like my tears will burst right on the spot. Now, sis faham. Jangan ingat orang tua yang dah kurang sikit pendengaran, kurang sikit penglihatan mata ni tak ada perasaan. Diaorang ni lagi sensitif and kuat ingatan.

Lagi satu, tolonglah jangan bincang hal harta depan mereka. Ingat dia orang tak dengar ke?
Dia orang dengar. Tapi dia orang buat-buat tak dengar sebab nak mengakhiri hidup dengan tak ada kebencian terhadap anak-anak.

Kalau orang tua ni tak sanggup lukakan perasaan and hati anak-anak, why anak-anak sanggup lukakan hati orang tua. Dia orang still ada dengan kita. Tak elok la buat macam tu. ok makcik pakcik jemah sekalian?



Kalau raya tahun lepas family sis #teamrayahitampink, tahun ni family sis #teamrayahitamgold. Haha.

Family sis tak pernah tak sedondon. Dari kecil kot, sis tengok gambar, mesti sedondon. Sebab ibu dah terapkan macam tu. Katanya nampak unite sikit. aicewaahhh. Bukan lah tak sedondon nampak tak unite, tapi ha macam tu la. haha. Jangan kecam sis. haha

Zaman sekarang ni suka naw nak kecam-kecam. tak kecam pun viralkan. haih, biasa dia ya. Raikan perbezaan, eratkan persamaan. 

Sis pun tak ambil masa banyak nak beli baju ni. beli semuanya siap. sis jarang tempah. haha.



Ha, siapa cakap umur 20++ tak dapat duit raya. Sis still dapat lagi tau. Lagi banyak dapat dari masa kecil. tengok tu sibuk je kura-kura tu nak ambil duit.haha

Maafkan muka seronok tak terhingga sis tu. haha.

By the way, pada adik-adik kecil yang sibuk kumpul duit raya tu. Jangan lah main terjah rumah orang tak kenal nak beraya. Sekarang ni macam-macam kes. Ibu bapa pun mohon tegah ya anak-anak. *dah macam kuliah pagi pulak.



Nampak tak muka berkerut sis yang dah lama tak dapat kerepek pisang + tengah fokus dengar mak cik pok cik bercerita "berita sensasi" terkini. haha.

Ni masa raya kedua. Sis sebenarnya lagi suka beraya malam hari sebabnya tak panas. haha. 

Dan kalau malam dapat tengok bebudak main bunga api. Suasana macam ni bukan dapat tengok setiap hari kan. So, sis pun tak boleh buat apa lah, tadahla telinga dengar orang main mercun. Sis sebenarnya tak suka bunyi mercun lagi-lagi yang kuat tu.

Bukan apa, terkejut terkejut tau. Entah berapa decibel la bunyi satu mercun bola tu. Nasib  duration dia 1-2 saat je. 



Ni adik perempuan sis. Bila pergi beraya mesti la orang ingat dia ni kakak sebab lagi besar.

So apa lagi, sis pun dapat duit raya dan dia tak dapat.haha

But, satu benda yang memalukan sis ialah tak pandai make up woiii dan adik sis lagi pro! Dia yang make up kan sis masa first raya. Tu pun sis nak light make up je. Yela sebab tengok dia punya muka macam glowing je kan. So sis pun nak jugekkkk. haha

Dia pun bukan lah make up yang heavy tu, sebab muka kita orang tak ada jerawat. Jenis  make up biar nampak berseri tu dah lah.

Sis jenis tak make up sangat. sebab nya muka cepat berpeluh and sis fikir susah nanti nak basuh. leceh. Masa raya tu make up pun sebab ibu cakap "make up la sikit. Muka kak long nampak kusam and pucat kalau pakai bedak je".

So kita pun anak mithali la kononnya, ikut la cakap ibu. heeee.

By the way, nanti sis nak kongsi resepi kuih raya. Resepi sis yang main campak campak.haha.

in shaa Allah jika dipanjangkan umur, tahun depan kalau sis nak buat kuih raya refer kat blog ni je la balik.heeeee.

Last, again, selamat hari raya! Maaf zahir batin dari sis dan keluarga!



27 comments:

  1. cantik adik ngan kak nye pun..makeup sket2 bagi naik seri je..


    selamat hari raya maaf zahir batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinjaman je awaaa:) ni sementara je.

      btw, selamat hari rayaaa maaf zahir batin:)

      Delete
  2. Selamat hari raya. Have fun ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya cikla:) maaf zahir batin.

      Delete
  3. lawaaaaaaaa nyaaaaaaaaaaa TT_TT
    hihih selamat hari raya!!!!
    my raya was ok je hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee:)
      selamat hari raya awaaaaa. maaf zahir batin:)

      Delete
  4. sis tak make up pun cantik still. HAHAHA. happy eid fitr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nak ape ni?hiii. duit raya abis dah.haha.
      tapi ramai kata muka nampak kusam kalau tak make up:)

      btw, happy eid awaa. maaf zahir batin:)

      Delete
  5. beshnya dapat raya.. tahun ni kerja tengok jela kwan2 raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. la yeke? takpe la. in shaa Allah tahun depan ada rezeki untuk beraya:)

      btw, selamat hari raya maaf zahir batin.

      Delete
  6. selamat hari raya! minggu pertama dgn ke-2 raya meriah lagi walaupun dah habis cuti.
    btw,suka pula tgk baju raya hitam tu. kita pula famili tak pernah sedondon. hahaha
    masing2 ada citarasa sendiri kan,tak boleh paksa sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya!!! tu la. still meriah. masuk minggu ke-3 dan ke-4 biasanya ramai yg buat rumah terbuka kalau kat sini.

      thanks awaaaa. tu la. pernah sekali raya tak sedondon sebab masing-masing suka style lain. hiiii.:)

      Delete
  7. Replies
    1. selamat hari raya maaf zahir batin awaa:)

      Delete
  8. Selamat hari raya Aidil Fitri.
    Maaf Zahir Dan Batin.
    Apalah maknanya raya kalau tak balik kampung ye dak!?
    Tapi tulah tak faham dengan sesetengah melayu yang bila time raya depa pi bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya awaaa. dan maaf zahir batin!
      kan?!! tu la. tak faham jugak. takpe la. husnudzon je, mungkin dieorg tak ada kampung:)

      Delete
  9. selamat hari raya... maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya ..maaf zahir batin jugak:)

      Delete
  10. Selamat hari raya sis adiba :) Seronoknya sis beraya ye. Paling seronok raya bila berjumpa keluarga. Walaupun jumpa di hari lain, masa raya ni ada satu kelainan bila berjumpa :)

    Samalah kita. Selalu beli baju dah siap je.. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? paling seronok bila jumpa sepupu sepapat yang lama tak jumpa. yela masing masing ada kerjaya sendiri. raya ni je la masa nak jumpa:)

      heee. sama ler kita. sepp sikit.:) btw, selamat hari raya awaa:)

      Delete
  11. selamat hari raya :) dah cantik dah, tak makeup pun cantik <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak awaa:)

      pinjaman je ni awaaa. so tak boleh bermegah mana:)

      Delete
  12. Selamat hari raya..cantiknya dia..

    ReplyDelete
  13. selamat hari rayaa sis. baru boleh singgah beraya sini. hehe. dah nak habis raya dah pun. XD

    ReplyDelete
  14. adik akak sweet dua2. selamat hari raya, belated awak ;) bestnya rumah kampung kan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Labels

2016 (2) 2017 (9) affiliate (2) agent (2) agro (1) alhamdulillah (1) aurat wanita (2) bar (1) batu 10 (1) berasap (1) Berita (1) bersederhana (1) beryls (1) biarkan cita tersenyum lagi (1) birthday (1) biskut (1) blogger (36) bloglist (1) blue royals (1) brownies (1) cairkan (1) campak (1) cari makan (1) choc (1) coin (1) coklat (2) contest (8) cornflakes (1) crunchy (1) dapur (1) double boiled (1) double-boiled (1) duit (1) elise (1) environmental (1) erti (1) family (5) farm (1) festival (1) final year (3) food (1) foodporn (3) games (1) giveaway (11) gold (1) graduate (1) graduation (1) grateful (1) hadis (1) hantaran (1) hantu (1) happily (3) hati (4) heat (1) hectic sem (1) hitam (1) holiday (1) homemade (1) homesick (1) hunting (1) income (1) insidious 3 (1) issues (1) jalan-jalan (1) jana (1) jejari (1) karya (1) koci (1) kuih (3) kuih raya (2) kuih tradisional (1) laboo (1) labu (1) lazada (1) life (1) maal hijrah (1) madu (1) makan (1) Malaysia (6) MATHAF (1) melancong (1) memori (1) mengumpat (1) moral values (5) motivation (1) movie (1) mudah (4) murah (1) negeri (1) nestum (1) newspirit (1) nikah (2) nutella (1) ogos (1) pantai (1) pelajar (1) pencarian (1) perihal (2) periuk nasi (1) pinterest (1) pizza (2) port dickson (2) pray (1) produk kecantikan (1) PTPTN (1) puasa (1) puisi (2) ramadhan (3) rangup (1) raya (4) recipes (1) resepi (3) review (3) rezeki (3) rindu (1) roti (1) salam-bersalaman (1) sambutan (4) SEA (1) segment (14) sekepala (1) semasa (5) sembilan (1) SHARES (8) shout out (1) simplehijab (2) skincare (1) spend (1) sports (1) stroke (1) student (1) SUKAN (1) tabarruj (1) tag (2) telemovie (1) tema (1) tempat (1) terkini (1) thailand (1) time (1) TIPS (3) top-up (1) Tuhan (8) usm (1) vacay (1) wanita (5)