.

Cara Membuat Situs Iklan Baris

Wednesday, 1 February 2017

Laboo Agro Farm (Jalan jalan Berilmiah)

Assalamualaikum and hi guyss!
May Allah blessed all of you.

So, what is up everybodyyy? How's your raya?  If it is bad, just assume there will be a hikmah for that. ok? piece yawww.

Amaran: Post ini agak panjang. Yang malas nak baca or dapat ilmu lebih, tak perlu baca. Sis serious ni. emoticon marah.haha

Kelmarin sis pergi Laboo Agro Farm yang bertempat di Batu 8 Labu, Negeri Sembilan. Niat awal memang nak pergi sana cari sedikit ilmu tentang pertanian, yela manala tahu nanti sis akan further study or kerja dalam bidang persekitaran yang melibatkan pertanian ke. Kita tak tahu apa yang akan jadi masa akan datang kan sebab kita hanya mampu merancang. Then, memandangkan adik sis yang perempuan tu pun ada kerja kursus yang melibatkan pertanian, sis ajak dia sekali untuk temu bual Basyar Ali si pemilik Laboo Agro Farm. Dia pun setuju.


Ilmu yang ada tu kita ambil je. Tak kira la dari sesiapa. Jangan pernah anggap yang kita dah tahu semua. Makin kita belajar, makin banyak yang kita tak tahu. That is why ada certain people yang suka travel. Sebab bagi dia, travel ni akan bagi dia belajar sesuatu perkara setiap masa. Tapi jangan ingat, travel je boleh bagi kita ilmu. Semua benda yang kita buat setiap masa boleh bagi kita ilmu, even bercucuk tanam depan rumah pun akan bagi ilmu yang baru. Contoh la masa korang tengah bercucuk tanam tu, korang nampak semut tu berkerjasama dalam kumpulan untuk cari makan, korang akan belajar yang hidup berkerjasama tu perlu dalam hidup ni, lagi lagi bekerjasama dalam membanteras kenaikan harga minyak. #eh. hahhaa.

Ok ok. Jangan nak meleret lagi. Kita sambung pasal Laboo Agro Farm ni ok. Sis jumpa tempat ni bila sis search kat Mr.Google tentang pertanian di Negeri Sembilan untuk cari tempat nak volunteering tentang Permaculture(Permanent Agriculture). Jumpa facebook yang empunya Laboo Agro Farm ni. Apalagi, kita stalk la kan facebook dia, rupa-rupanya sama sekolah dengan sis dulu, dan sama BATCH pulak tu. haha. Terkezut kejap plus amazed. sebab muda muda dah ada kebun sendiri. Sis pun macam wooowww gilaa la. Kita? umur 23 still ada kat tempat lama. Betul la kata orang, jangan duduk di zonn selesa je. Sekali sekala keluar la weyh dari zon tu. Gagal takpe, janji ada usaha. Mana ada orang terus berjaya kan?

Sis personal mesej dia. Disebabkan tak pernah tahu pun dia satu batch dengan sis, sis pun teragak sikit la nak panggil dia apa kan. Takkan tetiba aku kau je. Sis pun bagi salam. Cakap nak tanya pasal Laboo Agroo Farm ni. Dia terus reply, "ha weyh, tanya la. boleh je" haha. Gila sempoi. Sis pun buat macam gaya dah kenal lama je la sebab orangnya pun peramah. Rupa-rupanya yang empunya Laboo Agroo Farm tu kembar dia. Lahhh ada kembar. Dan dia macam partner dengan kembar dia untuk uruskan sama sama farm tu kalau dia cuti sem.


Ha ni la dia boss Laboo Agro Farm, si kembar ( Basyar dan Nasyiruddin Ali). Adik sis ada je menyelit kat tengah tengah sebab dia nak letak gambo ni kat attachment assignment dia.haha.

Kalau sesiapa yang nak pergi Laboo Agro Farm, korang waze je nama farm ni. Sis pun guna waze nak pergi tempat tu. Korang akan nampak signboard macam gambar kat bawah ni depan farm tu. lepas tu korang bagi la salam kata nak masuk.heeee. In shaa Allah dia orang entertained korang punya.

Ni pula waktu dia orang beroperasi. Nanti sis bagi diaorang punya facebook official dan facebook kawan sis tu kat bawah sekali post ni.

Selain timun yang dia orang harvest besar-besaran menggunakan teknik fertigasi, dia orang pun ada jual benih benih cili, baja taik ayam, baja yang dia orang buat sendiri and so on, pokok pokok yang kira rare jugak la dia orang ni jual. Korang boleh tengok sebahagian dari pokok pokok tu kat gambar gambar di bawah ni.



Yang ni tengah proses tanam biji benih TIMUN. Dia orang sendiri dah menggaji dua pekerja untuk hasilkan tanaman dia orang. Nak tengok macam mana pokok timun ni menjalar? ha tengok gambar kat bawah ni.


sumber: Facebook Official Laboo Agro Farm
Nah. Yang ni masa dia orang kena temu ramah untuk rancangan mengenai tanaman timun mereka. Haa jangan tak tahu, dah banyak kali dah Laboo Agro Farm ni masuk tv. Dan kalau tengok dalam gambar ni, yang pokok pokok menjalar ke atas tu la pokok timun yang dah keluarkan buah. Satu kali harvest ada la dalam bertan tan timun nya. Hebat betul dia orang ni.

Oh ya. Lagi satu, jangan lupa tengok dia orang ni dalam rancangan AgroTech hokeyh :p


Ni semua benih cili dalam rumah cili. Haha. suka hati sis je cakap ni rumah cili. Owner dia kata susah nak jaga cili yang masih kecik benihnya sebab tu cili ni special sikit dan ha jangan tak tahu ramai jugak permintaan dari customer untuk beli benih benih cili. 

Yang dekat bawah ni semua pokok yang dijual di Laboo Agro Farm. Kalau nak beli, baik beli sekarang, masih kecik lagi, sebab kalau pokok makin membesar, makin mahal harganya. Ni semua yang diberitahu owner sana la. Sis sampaikan je.heee














Kalau nak letak semua pokok yang dia orang ni ada, terlalu banyak. Korang kalau nak tahu pergi sendiri tengok kat facebook official Laboo Agro Farm ni, takpun pergi je terus kat sana.


Ha, yang ni kalau sesiapa yang nak buat deco dengan laman rumah ke. Dia orang pun ada je jual batu batu kecik. alahai, nanti kalau sis dah ada rumah sendiri mesti beli dengan dia orang ni.

Cecair warna biru dan oren ni sebenarnya baja yang dia orang ni buat sendiri. Hebat kan? Doakan sis juga hebat seperti dia orang. hehe.


Ni tangki air yang dia orang buat baja. Banyak lagi yang sis kena belajar dengan dia orang ni. In shaa Allah ada masa, sis sampai lagi ler kat sana untuk belajar ilmu baru:) 

Ooh sebelum sis lupa. Ni ha. Dia orang pun ada je tanam dan jual benih pokok bunga.  Ni sikit je tau. Ada lagi banyak. Kalau sis karang panjang panjang, korang tak pergi pulak tengok fb dia. So, apa lagi. Pergi stalk sekarang. Dan peminat bunga ros pun perlu pergi tengok jugak tau.

Masa ni perkongsian ilmu sedang dilakukan. Haha. Adik sis tengah interview owner farm ni. Banyak yang kami share dan pihak mereka juga share. Bagi sis, sis share apa yang patut dari segi alam sekitar. Means, dari segi macam mana nak buat compost dari sisa bahan makanan untuk dijadikan baja organik yang boleh mempengaruhi tumbuh-tumbuhan. Perkongsian mereka pula dari bidang yang mereka belajar. Tersangat bagus.

Banyak sebenarnya yang sis belajar dari dia orang dua orang ni. Saat ada anak anak muda yang dah buat macam macam dalam hidup dia sekarang macam dia orang ni, masih ada jugak lagi yang masih terleka dengan benda benda yang melalaikan. Yang paling penting kata mereka, family support. Siapa yang nak support kita masa kita susah? Family. So, apa-apa pun, family first. :)

Terima kasih pihak Laboo Agro Farm yang rajin entertain kami. Maaf kalau ada tersalah butir bicara ke kan. heee. Macam tulis surat pulak. Ada masa in shaa Allah kami datang lagi masa timun tu nak di petik.heee.

Yang nak contact Laboo Agroo Farm, boleh klik Laboo Agro Farm
Dan kalau nak contact kawan sis tu pun boleh jugak. Klik Nasyiruddin Ali
Nak belajar tak boleh malu, contact je. In shaa Allah dia orang akan jawab pertanyaan korang dan entertain korang kalau korang datang sana nak belajar:)

To readers, thank you baca :)


2 comments:

  1. Adeh! tak jauh pun dengan rumah Mrs. A ni tapi tak pernah datang sini lagi.
    Thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. la yeke mrs.A? nnt p la jenguk2. boleh beli mana yang minat:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Labels

2016 (2) 2017 (9) affiliate (2) agent (2) agro (1) alhamdulillah (1) aurat wanita (2) bar (1) batu 10 (1) berasap (1) Berita (1) bersederhana (1) beryls (1) biarkan cita tersenyum lagi (1) birthday (1) biskut (1) blogger (36) bloglist (1) blue royals (1) brownies (1) cairkan (1) campak (1) cari makan (1) choc (1) coin (1) coklat (2) contest (8) cornflakes (1) crunchy (1) dapur (1) double boiled (1) double-boiled (1) duit (1) elise (1) environmental (1) erti (1) family (5) farm (1) festival (1) final year (3) food (1) foodporn (3) games (1) giveaway (11) gold (1) graduate (1) graduation (1) grateful (1) hadis (1) hantaran (1) hantu (1) happily (3) hati (4) heat (1) hectic sem (1) hitam (1) holiday (1) homemade (1) homesick (1) hunting (1) income (1) insidious 3 (1) issues (1) jalan-jalan (1) jana (1) jejari (1) karya (1) koci (1) kuih (3) kuih raya (2) kuih tradisional (1) laboo (1) labu (1) lazada (1) life (1) maal hijrah (1) madu (1) makan (1) Malaysia (6) MATHAF (1) melancong (1) memori (1) mengumpat (1) moral values (5) motivation (1) movie (1) mudah (4) murah (1) negeri (1) nestum (1) newspirit (1) nikah (2) nutella (1) ogos (1) pantai (1) pelajar (1) pencarian (1) perihal (2) periuk nasi (1) pinterest (1) pizza (2) port dickson (2) pray (1) produk kecantikan (1) PTPTN (1) puasa (1) puisi (2) ramadhan (3) rangup (1) raya (4) recipes (1) resepi (3) review (3) rezeki (3) rindu (1) roti (1) salam-bersalaman (1) sambutan (4) SEA (1) segment (14) sekepala (1) semasa (5) sembilan (1) SHARES (8) shout out (1) simplehijab (2) skincare (1) spend (1) sports (1) stroke (1) student (1) SUKAN (1) tabarruj (1) tag (2) telemovie (1) tema (1) tempat (1) terkini (1) thailand (1) time (1) TIPS (3) top-up (1) Tuhan (8) usm (1) vacay (1) wanita (5)