.

Cara Membuat Situs Iklan Baris

Friday, 3 February 2017

Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF) di Port Dickson

Assalamualaikum and hi guyss!
May Allah blessed all of you.

Minggu ni sis konsisten kot update blog.kahkah. *Applause sikit la weii.haha. Almaklumlah, nak menghabiskan sisa sisa cuti dengan jayanya.

Jadi, kali ni sis nak cerita tentang MATHAF. apa tu apa tu? terangkan boleh tak sis? haha. Ok ok, sis terangkan ya wahai anak anak, kakak adik abang pokcik mokcik.:p
MATHAF tu sebenarnya... ha tengok gambar bawah ni.

Sis sebenarnya dah nampak benda ni masa nak amik adik dari sekolah.Tapi baru semalam ni ha dapat pergi. Haa mesti ada yang tanya, kenapa tak pergi kat Penang punya je masa sebelum cuti sem hari tu? Sebabnyaaaa... masa tu memang busy gila nak menghabiskan thesis, assignment, study week and so on. Lagipun kalau pergi kat Penang punya tu, mesti banyak habis duit punyaaaa. Sis ni dah la kedekut. #Oppss. Bukan kedekut weyh, tapi bila tengah belajar dan lagi lagi kat Penang yang semua barangnya boleh dikatakan mahaalllll, so sikap "berjimat-cermat" tu memang kena ada la. hihiiii. Kalau tak berjimat cermat, alamatnya maggi satu paket tu kerat empat lerrr dekat dekat nak hujung sem tu.haha..Tapi alhamdulillah tak pernah lagi la buat cenggitu.




Masa sis pergi semalam, tak ado la ramai orang sangat. Mungkin sebab waktu persekolahan dan orang bekerja. Dan yang tak bestnya masa sis pergi, tak semua kedai yang bukak. Banner kedai ada, tapi kedai tak bukak. Mungkin dia orang bukak sabtu ahad kot. Korang masih boleh lagi pergi sana, sebab food festival tamat ahad ni. Kalau tak caya, cuba tengok gambar atas sekali tu balik. Kiranya ada lagi 2 hari la.

Tapi sis bagi warning awal-awal hokeyh, pergi sini "fulus" kena banyak sikit. Tapi kalau sekadar nak tengok macam mana suasana festival tu, boleh je datang. Sis datang pun sebab tak pernah pergi festival festival ni. Bila ada je festival ni, mesti tengah tak cuti.haha. Kalau ada member sis baca sekarang ni, mesti dia orang akan kata "alah kau tu, cuti ke tak cuti ke, memang kau tak suka pergi tempat yang ramai orang ni kan. Kau tu antisosial sikit" haha. Sis boleh agak dia orang akan cakap macam ni punya sebab dah banyak kali dia orang cakap macam tu kat sis, tapi kita buat derk je la kan sebab kita ni pakar buat muka tembok sikit.kahkah.

Kat bawah ni ada la sikit gerai gerai yang sempat sis ambil gambar even tak try pun makanan dia. kahkah. *Confirm dalam hati penjual kutuk aku kawkaw punya. Kalau nak tau lagi kedai apa yang ada, pergi sendiri hokeyh.





Oh ya, yang kat atas ni nama dia KERABU TELUR SOTONG. kalau beli, dia letak sekali dalam bekas yang ada daun salad, sup, dan lobak merah. Ha, jangan tanya sis macam mana rasa dia, sis tak rasa pun. Gila kau nak makan semua benda? kalau fulus ada beratus dalam poket, sis on je. haha. Nampak tak kedekutnya tu.






Haaa, yang ni sis makan. Yela dah nampak pun ada tangan gemok yang pegang pau ayam panggang ni, confirm la sis beli. Harga? hurrrmmm. Siapa yang pernah beli, dia tau kot harganya. Sis pilih yang dalam dia inti ayam black pepper. 

Hamboihhh mem besar sis ni, suka naww dapat pau cendawan tu yaaa..kahkah. Pau cendawan yang viral tu pun ada jugak. Pau ni dalam dia inti cendawan je. Ada 4 ramuan dalam inti pau cendawan ni. Cheese, cendawan, bbq, ayam. Tu ramuan yang sis ingat la, kalau salah mohon betulkan.haha



Benda bulat bulat warna warni ni namanya DIM SUM. Dim Sum ni dalamnya ada yang isi udang, ayam, dan lagi satu ketam kot.kahkah. Sis lupa dah. Yela, masa tu perut dah dok main drum lagu BIG BANG kot, mana nak ingat semua ni. Rasa dia ada sikit macam bebola ikan. Dim sum memang selalu rasa macam tu ke atau lain? First time sis rasa dim sum ni sebenarnya, so tak tahu la rasa sebenar-benar dim sum ni macam mana. Ker memang rasa dia macam bebola ikan? Hurmmm.

Yang macam maggi tu KERABU MAGGI. kalau kat Kelantan popular la hok keghabu maggi ni. Sis tahu pun sebab member suka sangat makan kerabu maggi ni kat Penang tu dan dia makan kerabu maggi ni sebagai side dish tau, bukan main dish. haa hamik kau. kahkah. *Sabeh, mohon jangan kecam aku. Tu pun kalau kau baca la post aku ni.kahkah

Ni apa ke heiii nya ni yopp?. Macam ni la ragam budak yang baru dapat makan kaki sotong. Eh, betul ke kaki sotong? ke ada nama lain?hahhaaa. Dia dengan sotong pun dah tak ada beza sis tengok.kahkah.

Opsss. Nak jugak menyelit sikit. Last but not least, sis tak cakap langsung kan makanan kat sana sedap ke tak kan? Korang pergi sendiri dan nilai sendiri. Kang kalau sis cakap sedap, then korang cakap tak sedap, ado yang bash sis jap lagi. dan kalau sis cakap tak sedap, korang kata sedap, kena bash jugak. Almaklumlah, sekarang ni kan kuasa viral ada di mana-mana, even benda tu tak betul pun diviralkan jugak. Ish ish. Jadi kiranya sis amik jalan selamat la ni. haha. Malas lah nak layan mulut manusia ni. Macam la dia orang ni semua tak aware yang taste buds setiap orang mana pernah ada yang sama.pfftt. *emoticon mata ke atas tangan ke bahu.kahkah

Oh ya, lokasi tapak festival ni dekat dengan pantai tau. :p

Tq readers baca:) Till meet again.. 
*maaf kalau ada tersalah butir bicara. peace yaww.

Salam Sayyidul Ayyam..

22 comments:

  1. Wah seronok ni...terutama yang suka mencuba sesuatu yang baru dan segar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bukak byk kedai lagi seronok pc. hari tu pergi kedai tak banyak yg bukak:(

      Delete
  2. Wah meriah!! bestnya... apapun, awa terharu kak diba singgah dan terus follow blog awa sedangkan awa ni biasa-biasa je,.. anyway, kalau akak nak awa tolong designkan blog akak ni, boleh je... hubungi awa melaui email ye (rosebirumuda@gmail.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun biasa2 je awa:) jgn rendah diri k. muah ciked.heee:)
      owh yeke? in shaa Allah:)

      Delete
  3. Tahun lepas ada gak buat kat ganu. Tapi sayangnya time tu fulus tengah susut. Tak boleh beli banyak =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kalau takde fulus, mmg amik bau je la. hari tu pergi pun habis banyak, takpe2 at least sekali dah cuba. :)

      Delete
  4. food festival ni kalau free lagi best sebenarnya hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnn. haha. benda free semua best.haha

      Delete
  5. Terus lapar kalau tengok gambar2 makanan ni! nampak sedap je semua kan hehe btw saya singgah dan follow blog ni ya :) jemput melawat blog saya.

    ReplyDelete
  6. ya allah sedapnyaa semuaa! bestnyaaaaaaa. dim sum faveret saya skrang huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. yeke? rasa dim sum sebenarnya camne?heee

      Delete
  7. sedap tak ? kat tempat saya ada buat aritu tapi mengecewakan, harga da la mahal. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!! harga mahal gilaaa kan. honestly, biasa2 je(sekali je la cuba). tp kerabu maggi dia boleh tahan. :p

      Delete
  8. Salam perkenalan dari Ana. Ana dah follow back ye.

    Amboi sedapnya semua makanan tu. Dekat sini ada juga buat festival makanan thai tapi tak berkesempatan pergi.

    ReplyDelete
  9. Ada pergi hari tu,tapi tak tau nak makan apa haha..sudahnya jalan-jalan je. anyway jom la singgah blog sy..sy budak barubelajar http://liyanazafril.blogspot.my/

    ReplyDelete
  10. Makanannnnn! Kenapa semuanyaa nampak sedap eh? Nak kata tengah lapar, baru jer jugak lepas makan. Hmmm hmmm.

    ReplyDelete
  11. hihii kaki sotong. saya panggil janggut sotong. memane pun boleh kotttt ^^

    ReplyDelete
  12. btw thanks jalan blog saya, saya follow sini #428. jemput follow blog saya jugaa heee. TYSM! 💕💕💕 http://iamfieonafieridz.blogspot.com ♡

    ReplyDelete
  13. kalau sy masih study, mmg wajib pergi MATHAF ni. dah lah sy mmg kaki makan 😄 nak try semua mknn, nampak sedap

    ReplyDelete
  14. Pau ayam panggang sedap ke?

    Tengok rupa macam ouch! seram

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Labels

2016 (2) 2017 (5) affiliate (2) agent (2) agro (1) alhamdulillah (1) aurat wanita (2) batu 10 (1) berasap (1) Berita (1) biarkan cita tersenyum lagi (1) birthday (1) biskut (1) blogger (32) bloglist (1) brownies (1) campak (1) cari makan (1) coklat (1) contest (7) cornflakes (1) crunchy (1) dapur (1) duit (1) elise (1) environmental (1) erti (1) family (4) farm (1) festival (1) final year (3) food (1) foodporn (3) games (1) giveaway (11) gold (1) graduate (1) graduation (1) hadis (1) hantaran (1) hantu (1) happily (3) hati (4) heat (1) hectic sem (1) hitam (1) holiday (1) homemade (1) homesick (1) hunting (1) income (1) insidious 3 (1) issues (1) jalan-jalan (1) jana (1) jejari (1) karya (1) kuih (2) kuih raya (1) laboo (1) labu (1) life (1) maal hijrah (1) madu (1) makan (1) Malaysia (6) MATHAF (1) melancong (1) memori (1) mengumpat (1) moral values (5) motivation (1) movie (1) mudah (4) murah (1) negeri (1) nestum (1) newspirit (1) nikah (2) nutella (1) ogos (1) pantai (1) pelajar (1) pencarian (1) perihal (2) pinterest (1) pizza (2) port dickson (2) pray (1) produk kecantikan (1) PTPTN (1) puasa (1) puisi (2) ramadhan (1) rangup (1) raya (2) recipes (1) resepi (3) review (3) rezeki (3) rindu (1) roti (1) salam-bersalaman (1) sambutan (4) SEA (1) segment (14) sekepala (1) semasa (5) sembilan (1) SHARES (8) shout out (1) simplehijab (2) skincare (1) spend (1) sports (1) stroke (1) student (1) SUKAN (1) tabarruj (1) tag (2) telemovie (1) tempat (1) terkini (1) thailand (1) time (1) TIPS (3) top-up (1) Tuhan (8) usm (1) vacay (1) wanita (5)