.

Cara Membuat Situs Iklan Baris

Friday, 16 June 2017

TIPS: Cara mencairkan coklat ( kaedah double boiled yg efektif !! )

Assalamualaikum and hi guyss!
May Allah blessed all of you.

First of all, maafkan atas kata ganti nama untuk penggunaan AKU pada post kali ni. *sbb tetiba rasa nak casual je dengan korang. Bagi kakak2, abang2 yang mana lebih tua dari diri ni, mohon maafkan dan amik yang baik baik je dalam blog ni.ok?hee.

Ok. Straight to the point. lagi seminggu nak raya kan? Mulai esok, mesti semua orang nak pulun buat kuih raya habis-habisan. Tapi.. Ada yang mengadu, susah nak cairkan coklat untuk buat kuih raya. Macam almond london tu. mesti korang ingat cairkan coklat senang je kan? Nope. Kalau tak kena dengan teknik dan langgar pantang larang, boleh jadi coklat korang akan jadi berketul ketul dan ada pulak lembik yang macam dah pecah minyak.

Post kali ni, aku nak bagi cara macam mana nak cairkan coklat guna kaedah double boiled untuk yang amatur. Yang dah pro tu, aku rasa aku tak layak dah nak bagi dia orang tips ni. kihkih. Btw, aku pun amatur jugak dalam benda benda ni semua. Pengalaman still tak lebih 10 tahun lagi dalam dunia membaking ni. Cuma ada lah terniat nak bukak bakery sendiri. Doakan la ya:)

Before that, aku nak tanya. Korang buat kuih raya selalu guna coklat bar/compound atau yang coin? Jangan confused ok. Selalunya kalau aku buat kuih raya akan guna beryls choc compound. Sebab lepas dah cairkan then letak kat room temperature pun dia akan keras sendiri. Berbeza dengan yang coin. Kalau choc coin, after dah cairkan korang kena masukkan dalam peti sejuk untuk bagi dia keras. Bila korang keluarkan lama sikit kat room temperature, coklat yang dari coin tu akan cair. Jadinya, sebelum nak beli coklat or nak baked apa apa, korang kena tahu coklat mana yang sesuai dengan apa yang korang nak baked tu. ok?

Kenapa aku tetiba nak share kaedah double boiled yang efektif ni? yela sebab nak korang. Supaya semua orang boleh realisasikan impian nak buat kuih raya. aicecece. Macam motto la pulak.haha. Nope. Sebab aku buat kuih raya setiap tahun memang akan guna kaedah ni, sebab kaedah ni sangat la senang. Kuih raya yang simple tapi sedap yang aku buat dengan coklat bar beryls ni adalah INI. Memang kegemaran family aku dan sanak saudara aku kalau dia orang datang rumah.

Now, aku nak tunjuk kaedah double boiled untuk cairkan coklat. Baca dan hadam helok-helok ok. Kaedah ni memerlukan korang ada periuk nasi. Yang tak ada periuk nasi tu, korang improvised la sendiri macam mana pun bagi ada fungsi macam periuk nasi.Haha.

Gambar di bawah ni menunjukkan situasi di mana coklat sedang dicairkan. Ha lagi satu,jangan kelirukan diri dengan perkara double boiler dan water bath ye. Double boiled korang menggunakan wap air yang dipanaskan untuk cairkan coklat. Sebab kalau coklat direct kena kat periuk, hangus cepat ler. Water bath pulak, korang letak periuk tu betul betul kena air panas(atas air yang panas tu). Ni yang aku faham dan aku apply la selama aku mem"baking". Kalau salah mohon tunjuk ajar ya.heee




 Haaaa. nampak cantik berkilat kan coklat tu? maknanya teknik ni berjaya. Kalau coklat korang tu bertukar jadi pekat dan berketul ketul, ada la tu yang salah. But no worries, still boleh buat macam macam dengan coklat yang dah berketul ketul tu. Hurrmm sebagai contoh, korang boleh letakkan dalam cookies untuk jadi pengganti coklat chip atau koko.

Ok. Ni steps dia.
1) Isikan setengah periuk nasi dengan air. (Setengah je, jangan penuh)
2) Korang tekan periuk nasi korang macam nak masak nasi tu. (Kalau periuk aku, aku tekan rice cooking tu)



Lepas dah tekan rice cooking tu, terserah la sama ada kau orang nak tunggu air sampai menggelegak ke atau terus letak bekas lain kat atas dia. Aku terus letak je bekas lain atas dia.

3) So step aku seterusnya letak bekas lain atas dia. (Bekas macam kat bawah ni)




Bekas ni pastikan tak ada sikit pun air dalam dia atau sekeliling dia. Mana la tahu kalau korang baru basuh bekas masa tu. Dan air dalam periuk nasi tu pun aku pastikan tak akan menyentuh bekas ni.

4) Lepas dah confirm tak ada air kat bekas ni, masukkan coklat bar/compound korang.

5) Agak-agak coklat dah mencair sepenuhnya, korang tekan pulak "KEEP WARM" kat periuk nasi korang tu. 

Itu je step nya. Mudah kan? Aku figure out benda ni sebab aku malas nak ulang alik dapur untuk panaskan coklat. Sebab dulu aku guna dapur gas, then bila coklat dah cair aku bawak pergi ruang tamu sebab aku suka buat kerja kat sana. Tapi cepat pulak dia mengeras. So dengan adanya cara ni, coklat sentiasa cair. Dan bila dah letak kat kuih, dia mengeras sendiri. Ada jugak yang guna cara ni ke? Kalau ada, yeayy. Kita geng. Sep sikit.

Dah lepas ni tak payah nak pening pening kepala cakap coklat tak jadi la, apa la k. Harap post ni sedikit banyak dapat bantu korang nak buat persiapan kuih raya minggu terakhir sebelum raya. :)


Tq baca post ni. :p

Oh ya. Masa korang nampak post ni, mungkin aku dah terbang ke Penang untuk menghadapi Paper Final aku untuk last sem di USM. Doakan semuanya dipermudahkan ye. Aamiin. Lots of love, AR.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Labels

2016 (2) 2017 (8) affiliate (2) agent (2) agro (1) alhamdulillah (1) aurat wanita (2) bar (1) batu 10 (1) berasap (1) Berita (1) bersederhana (1) beryls (1) biarkan cita tersenyum lagi (1) birthday (1) biskut (1) blogger (35) bloglist (1) brownies (1) cairkan (1) campak (1) cari makan (1) choc (1) coin (1) coklat (2) contest (8) cornflakes (1) crunchy (1) dapur (1) double boiled (1) double-boiled (1) duit (1) elise (1) environmental (1) erti (1) family (4) farm (1) festival (1) final year (3) food (1) foodporn (3) games (1) giveaway (11) gold (1) graduate (1) graduation (1) grateful (1) hadis (1) hantaran (1) hantu (1) happily (3) hati (4) heat (1) hectic sem (1) hitam (1) holiday (1) homemade (1) homesick (1) hunting (1) income (1) insidious 3 (1) issues (1) jalan-jalan (1) jana (1) jejari (1) karya (1) koci (1) kuih (3) kuih raya (2) kuih tradisional (1) laboo (1) labu (1) lazada (1) life (1) maal hijrah (1) madu (1) makan (1) Malaysia (6) MATHAF (1) melancong (1) memori (1) mengumpat (1) moral values (5) motivation (1) movie (1) mudah (4) murah (1) negeri (1) nestum (1) newspirit (1) nikah (2) nutella (1) ogos (1) pantai (1) pelajar (1) pencarian (1) perihal (2) periuk nasi (1) pinterest (1) pizza (2) port dickson (2) pray (1) produk kecantikan (1) PTPTN (1) puasa (1) puisi (2) ramadhan (3) rangup (1) raya (3) recipes (1) resepi (3) review (3) rezeki (3) rindu (1) roti (1) salam-bersalaman (1) sambutan (4) SEA (1) segment (14) sekepala (1) semasa (5) sembilan (1) SHARES (8) shout out (1) simplehijab (2) skincare (1) spend (1) sports (1) stroke (1) student (1) SUKAN (1) tabarruj (1) tag (2) telemovie (1) tempat (1) terkini (1) thailand (1) time (1) TIPS (3) top-up (1) Tuhan (8) usm (1) vacay (1) wanita (5)